• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Basmi bakteria di telefon pintar secara percuma di Pusat Khidmat Samsung

  • OLEH Najib
  • 1:38 pm
  • 13/03/2020
  • Komen
Dengan lebih banyak kuasa menjadikan Galaxy S20 lebih mahal harga di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar merupakan teman paling rapat masakini di mana ia sering berada di sisi pengguna sepanjang masa. Kerana itu penting untuk menjaga kebersihan telefon pintar, terutama di waktu penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.

Samsung Malaysia kini menawarkan perkhidmatan pembersihan telefon pintar dari bakteria secara percuma. Khidmat percuma ini tidak terhad pada telefon pintar Samsung sahaja, ia disediakan untuk semua jenis telefon pintar.



Perkhidmatan pembersihan oleh Samsung ini menggunakan cahaya UV-C untuk membasmi bakteria pada telefon pintar. Cara ini dapat membersihkan peranti pengguna tanpa menggunakan cecair kimia yang mungkin boleh merosakkan peralatan elektrik dan elektronik.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan percuma ini, boleh mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat Samsung di seluruh Malaysia.



Selain telefon pintar, Samsung turut menyediakan perkhidmatan pembersihan ini buat tablet Samsung Galaxy serta jam pintar Galaxy Watch. Bagaimanapun, ia hanya disediakan di Pusat Khidmat Samsung di The Gardens Mall dan Pavilion, Kuala Lumpur sahaja.

Selain di Malaysia, perkhidmatan ini dimaklumkan turut disediakan Samsung di beberapa negara lain iaitu Argentina, Chile, Croatia, Denmark, Finland, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, New Zealand, Norway, Pakistan, Peru, Poland, Rusia, Sepanyol, Sweden, Amerika Syarikat, Ukraine, dan Vietnam. Ia akan diluaskan lagi ke Australia, Austria, Kanada, Czechia, Perancis, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Israel, Itali, Jordan, Kazakhstan, Latvia, Mexico, Belanda, Panama, Filipina, Romania, Singapura, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom.

Sumber: Samsung

Tags: COVID-19samsung
Najib

Najib

POPULAR

Dengan lebih banyak kuasa menjadikan Galaxy S20 lebih mahal harga di Malaysia

Basmi bakteria di telefon pintar secara percuma di Pusat Khidmat Samsung

13 March 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN