• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini Sebab Kenapa Juruterbang Tentera A.S Guna Jam Tangan Garmin

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:11 pm
  • 16/03/2020
  • Komen
Ini Sebab Kenapa Juruterbang Tentera A.S Guna Jam Tangan Garmin
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam banyak-banyak kapal terbang dalam ketenteraan Amerika Syarikat, mereka ada sebuah yang dipanggil Lockheed U-2 Dragon Lady. Ia adalah sebuah pesawat tinjau dengan kemampuan mengintip sejauh 21km daripada paras laut.

Miliki kegunaan yang sangat penting, sudah tentu anda jangkakan semua kelengkapannya, termasuklah orang yang terbangkannya perlu dibangunkan khas untuk tujuan tersebut, bukan?



Tapi sebenarnya, kru kapal terbang itu turut memakai kelengkapan komersial yang boleh dibeli di kedai biasa. Salahnya ialah jam tangan daripada jenama Garmin model D2. Menurut pegawai memerintah skuadron yang menerbangkan Dragon Lady, Garmin D2 adalah pelengkap kepada peralatan yang ada dalam pesawat tersebut.

Kemampuan jam tangan itu menerima isyarat satelit menjadikannya sebuah alat “backup” yang sempurna jika kelengkapan navigasi dalam pesawat digagalkan, contohnya oleh musuh. Jika gagal, sudah tentu pesawat akan terbang buta tanpa arah tuju.



Daripada laman rasmi Garmin, jam tangan model D2 Delta boleh menerima isyarat daripada gugusan satelit navigasi GPS, GLONASS, dan Galileo serentak.

Lagi fungsi menarik jam tangan ini ialah ia boleh terima laporan cuaca daripada gugusan radar kaji cuaca NEXRAD.

Itu daripada segi keupayaan menjalankan misi. Garmin D2 juga ada sejumlah sensor yang boleh mengukur tahap kesihatan juruterbang. Mereka boleh mengetahui kadar denyutan serta kepekatan oksigen dalam darah.

Sumber: ARS Technica

Tags: garmin
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Ini Sebab Kenapa Juruterbang Tentera A.S Guna Jam Tangan Garmin

Ini Sebab Kenapa Juruterbang Tentera A.S Guna Jam Tangan Garmin

16 March 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN