Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Malaysia rekod kes tertinggi di Asia Tenggara, KKM saran langkah pencegahan

Sehingga hari ini (16 Mac 2020) lalu, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif jangkitan Covid-19 kepada jumlah terkini 553. Ia menjadikan Malaysia sebagai negara dengan jumlah jangkitan baharu Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara.

Hal ini mencetuskan kebimbangan terutama kepada pihak kerajaan yang membawa kepada mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menangani Covid-19.

Bagaimanapun, setakat ini Malaysia masih belum lagi mengumumkan arahan perintah berkurung meskipun peningkatan jangkitan mencecah lebih 200 peratus. Meskipun keadaan ini belum pada tahap kritikal, masyarakat disarankan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkita Covid-19.

Seperti yang kita tahu, wabak Covid-19 boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair daripada pesakit mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti tombol pintu dan telefon).

Individu yang berisiko dijangkiti adalah mereka yang baru kembali dari negara atau kawasan yang mempunyai jangkitan atau berhubung secara terus dengan pesakit yang dijangkiti. Jika anda positif dijangkiti Covid-19, tanpa rawatan jangkitan ini boleh mengundang maut.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya mengamalkan perkara asas pencegahan Covid-19, antaranya:

  1. Elak atau menangguh perancangan untuk mengunjungi negara atau kawasan yang mempunyai jangkitan Covid-19. Kawasan yang mempunyai jangkitan bermaksud kawasan atau negara yang mempunyai rangkaian jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh pihak berkuasa awam kebangsaan seperti China, Korea, Jepun, Itali dan Iran.
  2. Elakkan daripada berhubung rapat dengan pesakit dan mereka yang mempunyai simptom penyakit.
  3. Buat sementara waktu, elakkan kelaziman berjabat tangan dan berlaga pipi
  4. Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap basuh tangan terutamanya selepas batuk atau selesema menggunakan air dan sabun antara 15-20 saat. Tisu pakai buang berasaskan alkohol atau pembersih tangan berasaskan gel juga boleh digunakan. Menggunakan penutup hidung dan mulut (protective mask) yang sesuai. Perkara ini sangat penting kerana pengamalan kebersihan mengurangkan risiko penyakit.
  5. Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama apabila menyentuh mata, mulut dan hidung. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah selepas menggunakannya.
  6. Berehat di rumah jika mengalami selesema, batuk atau demam.
  7. Elakkan diri daripada mengunjungi tempat yang sesak dan berisiko tinggi seperti di tempat awam serta majlis keramaian. Jika tiada pilihan, lindungi diri anda dengan pemakaian penutup hidung dan mulut yang sesuai.
  8. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini di televisyen, akhbar atau internet.
  9. Mendapatkan rawatan segera di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
BACA  PKPP: TM pasang pengimbas suhu dan sistem rekod pergerakan di sekolah terpilih

Untuk sebarang penjagaan berkenaan Covid-19, orang ramai boleh menghubungi talian  hotline seperti di bawah:

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Mstar dan Sinar Harian