• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whatsapp bakal perkenal tetapan mesej padam sendiri tidak lama lagi

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:58 pm
  • 16/03/2020
  • Komen
Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menambah pilihan tema mod gelap, aplikasi mesej, Whatsapp akan memperkenalkan tetapan baharu iaitu mesej padam sendiri (self-destructing messages) dalam masa terdekat.

Tetapan ini ditemui dalam versi beta 2.20.83 dan 2.20.84 di platform Android. Pengguna boleh memilih tempoh luput untuk mesej lama mereka. Opsyen tempoh luput mesej boleh dipilih antara satu jam hingga setahun. Pilihan ini boleh ditutup jika pengguna tidak mahu mesej mereka dipadam sendiri.



Selepas tetapan dilakukan, ikon jam akan terpapar disebelah masa mesej diterima atau dihantar. Ia sebagai tanda bahawa mesej anda akan padam sendiri setelah sampai tempoh ditetapkan.

Setakat ini, tetapan ini masih dalam tempoh percubaan dan belum ada maklumat bila ia akan dikekalkan di dalam aplikasi.  Pilihan sama ada tetapan ini boleh diasingkan untuk mesej peribadi atau kumpulan juga masih tidak pasti.



Bagi pengguna yang ingin mencuba Whatsapp beta rasmi dengan tetapan ini, anda boleh mendaftar di sini. Peluang untuk jadi yang terawal menguji tetapan ini terhad, jadi kalau ada kekosongan anda bernasib baik. Diingatkan, anda mungkin berdepan dengan beberapa masalah semasa tempoh percubaan ini.

Bila ada tetapan padam sendiri di Whatsapp terasa seperti dalam filem Mission Impossible pula cuma konsepnya di Whatsapp telefon tidak meletup lah. Tetapan ini dilihat sangat membantu untuk memadam mesej yang bertimbun-timbun di dalam mesej kumpulan. Namun, untuk mesej peribadi, sayang kalau mahu padam mesej penting dengan orang tersayang. Anda rasa bagaimana?

Sumber: GSM Arena , WAbetainfo

Tags: whatsapp
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp

Whatsapp bakal perkenal tetapan mesej padam sendiri tidak lama lagi

16 March 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN