Kemas kini 18 Mac 2020 – 6:41 pagi
Pihak polis menangguh arahan keperluan dokumen perjalanan untuk merentas negeri. Orang ramai bebas bergerak asalkan mereka mematuhi arahan asal Perintah Kawalan Pergerakan.
Sumber: Berita Harian
===============
Seperti yang diumumkan Ketua Polis Negara, orang ramai tak dibenar lakukan perjalanan merentasi negeri atas alasan untuk membendung penularan COVID-19. Jika benar, rakyat bukan saja tak boleh keluar negara, malah negeri pun tak boleh.
Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan pada yang terpaksa lakukan perjalanan atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Untuk tujuan tersebut, pihak Polis akan sediakan boring khas yang perlu diisi oleh individu yang ingin keluar dan seterusnya mendapatkan kebenaran daripada balai polis yang terdekat sebelum mulakan perjalanan.
Gambar borang yang didakwa perlu diisi sebelum merentasi negeri sudahpun tersebar dalam kalangan warganet. Daripada rupa borang tersebut, ia cumalah borang biasa seperti yang anda isi sewaktu ingin pulang beraya.
Mungkin anda boleh cetak terlebih dahulu dan isi sebelum pergi ke balai polis untuk dapatkan kebenaran. Ia mengurangkan tempoh pendedahan anda terhadap persekitaran luar yang mungkin dicemari virus COVID-19.