• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A91 nipis dan ringan, harganya bawah RM 1,000

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:34 pm
  • 19/03/2020
  • Komen
Oppo A91 nipis dan ringan, harganya bawah RM 1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi Oppo A91 telah pun menjengah pasaran Malaysia selepas dilancarkan pada pukul 6 petang semalam (18 Mac 2020). Telefon kelas pertengahan ini dimaklumkan oleh Oppo sebagai peranti keluarannya yang paling nipis iaitu 7.9 mm dan ringan (172 g).

Sekilas pandang, Oppo A91 boleh memberi saingan kepada peranti kelas pertengahan yang hangat diperkatakan masa kini, iaitu Redmi Note 9 dan Realme 6. Tak percaya?



Merujuk di laman web rasminya, Oppo A91 mempunyai  paparan AMOLED FHD berukuran 6.4 inci yang dilengkapi dengan sensor pengesan cap jari di skrin. Oppo juga menggariskan bahawa peranti ini mempunyai pensijilan Widevine L1. Ini bermaksud pengguna boleh menonton Netflix and video Amazon dalam resolusi Full HD.

Di atas papan utama, Oppo A91 dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P70. Ia turut dilengkapi dengan Game Boost 2.0 yang meningkatkan lagi pengalaman bermain permainan video di peranti ini. Ia juga didatangkan dengan 8 GB RAM dan storan 128 GB. Oppo A91 turut menyokong sambungan 802.11ac WiFi and Bluetooth 4.2.



Tidak ketinggalan, tenaga Oppo A91 dijana dari baterinya yang berkapasiti 4,025mAh. Ia juga dilengkapi dengan teknologi VOOC 3.0 Flash Charge.

Beralih ke bahagian pengimejan, Oppo A91 mempunyai kuadkamera belakang dengan sensor utama , 48 MP f/1.79. Bagi kamera lain, ia memiliki sensor ultralebar, 8 MP f/2.25 dan sensor 2MP untuk potret serta makro. Kamera hadapannya pula mempunyai sensor 16 MP.

Secara rasminya, Oppo A91 dijual pada harga RM 999. Untuk pasaran Malaysia, ia hanya didatangkan dengan warna Lightening Black sahaja. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan, peranti ini hanya dijual secara online menerusi Oppo online store, Shopee dan Lazada.

Sempena promosi ulang tahun Lazada bermula semalam hingga 26 Mac 2020, Oppo A91 ditawarkan dengan rebat RM 100 dan beg eksklusif Oppo secara percuma. Untuk mendapatkan promosi ini anda perlu membuat bayaran muka 10 peratus semasa pre-order dan bayar selebihnya pada 27 Mac 2020 (sebelum tengah hari).

Untuk harga di bawah 1,000 dan spesifikasi yang dinyatakan Oppo, model A91 ini kelihatan mewah untuk kelas pertengahan. Berbaloi juga untuk dijadikan telefon pertama buat mereka dengan bajet serdehana.

Tags: oppoOppo A91
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Oppo A91 nipis dan ringan, harganya bawah RM 1,000

Oppo A91 nipis dan ringan, harganya bawah RM 1,000

19 March 2020
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN