Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kematian ke-3 COVID di Malaysia, tentera akan dikerah pantau pergerakan

Petang ini, seorang lagi pesakit COVID-19 telah diisytiharkan meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian pesakit COVID-19 kepada 3 orang. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah pada jam 6.27 petang tadi.

Pesakit adalah kes ke-152, seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun. Beliau merupakan pesakit dari kluster kes tabligh, telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

Sehingga petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 1,030 kes positif COVID-19 di Malaysia. Sebanyak 941 orang sedang dirawat dan 87 orang telah sembuh dan dibenarkan pulang. Majoriti kes ini melibatkan kluster kes tabligh, dengan 624 orang.

Sementara itu, orang ramai diminta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan dari 18 hingga 31 Mac 2020. Ia penting untuk membendung penularan wabak COVID-19 dari tersebar lebih meluas.

Bagaimanapun, masih ramai yang keluar rumah dan berkumpul beramai-ramai di satu lokasi menyebabkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membuat rondaan dan meminta semua orang pulang ke rumah. Masih ada yang ingkar, malah cuba melawan pihak PDRM.

Untuk membantu PDRM menguatkuasakan perintah ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikerahkan untuk bersama memantau pergerakan rakyat Malaysia. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara tersebut dalam pengumuman harian yang dibuat pada pukul 12 tengah hari setiap hari. Beliau yakin, dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

BACA  PKPP dilanjutkan hingga hujung tahun, terus patuh atau berhadapan kompaun lebih RM1,000

Sumber: KKM, Sinar Harian