• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pascabayar Unifi Mobile nikmati 999GB data hotspot untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 20/03/2020
  • Komen
Pelan Value pascabayar unifi mobile sangat murah dari RM19 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna pascabayar Unifi Mobile kini boleh berkongsi data tanpa had mereka dengan lebih banyak, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Selepas mengumumkan pengguna prabayar menikmati pas BEBAS Weekly percuma, kini TM mengumumkan kuota hotspot 999GB pula untuk pengguna pascabayar.

Pelan pascabayar yang dapat menikmati promosi ini ialah:



  • Unifi Mobile 99 RM59 (dengan kontrak 12 bulan)
  • Unifi Mobile 99
  • Webe RM79
  • Unifi Mobile Pek Jasa/Senior Citizen
  • Unifi Mobile Biz 99
  • Unifi Mobile Biz 79

Pengguna akan menikmati kuota hotspot 999GB ini dari 19 hingga 31 Mac. Tetapi ia akan boleh mula dilihat di dalam aplikasi pada 20 Mac secara berperingkat. Pengguna juga tidak perlu memohon untuk menerima hotspot 999GB ini, ia akan diberikan secara automatik.

Tetapi paling penting sekali, kuota hotspot 999GB ini hanya boleh digunakan dengan sambungan 4G LTE sahaja. Tidak terpakai untuk rangkaian 2G dan 3G.



Dengan pemberian kuota 999GB, ia hampir 100x lebih banyak dari kuota biasa 10GB untuk pelan Unifi Mobile 99. Biasanya, untuk menambah data hotspot, pengguna perlu membayar RM8 untuk 500MB atau RM15 untuk 1GB. Jadi boleh duduk di rumah sahaja dan gunakan internet untuk pelbagai aktiviti bersama keluarga.

Sumber: Unifi

Tags: COVID-19Perintah Kawalan PergerakanUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Pelan Value pascabayar unifi mobile sangat murah dari RM19 sebulan

Pascabayar Unifi Mobile nikmati 999GB data hotspot untuk masa terhad

20 March 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN