• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 6 akan dilancar ke Malaysia tanpa versi Pro

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:20 pm
  • 20/03/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Realme bakal melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka, Realme 6 di pasaran Malaysia pada 22 Mac 2020, berdasarkan muat naik di laman Facebook rasmi Realme.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sehingga 31 Mac 2020, pelancaran berkenaan bakal dilakukan secara live stream di laman sosial Facebook dan Youtube pada pukul 8.30 malam.



Berdasarkan maklumat di Facebook, Realme hanya melancarkan telefon Realme 6 pada tarikh berkenaan manakala Realme 6 Pro ditangguhkan ke tarikh lain.

Kita ketepikan soal itu terlebih dahulu dan fokuskan kepada Realme 6. Peranti ini dikatakan bakal memberikan saingan kepada jenama lain dalam kelas yang sama dengannya, terutama sekali Redmi Note 9S.



Adakah kemunculan Realme 6 di Malaysia mempunyai spesifikasi sama seperti dilancarkan di India pada 5 Mac 2020? Ia masih belum pasti.

Di India, Realme 6 mempertaruhkan peranti yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G90T. Ia dipadukan dengan RAM 8 GB dan storan 128 GB. Peranti ini juga menyokong rangkaian 4G LTE dan sambungan 802.11ac WiFi serta Bluetooth 5.0.

Tenaga Realme 6 dijana oleh bateri berkapasiti 4,300mAh. Ia lebih kecil berbanding model Realme 5 yang mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh. Namun, ia dilengkapi dengan pengecasan pantas 30W Flash Charge. Ia membolehkan peranti ini dicaj penuh dalam tempoh 1 jam.

Beralih ke pengimejan, Realme 6 didatangkan dengan kuadkamera belakang dengan sensor utama 64 MP. Selebihnya adalah sensor 8 MP ultralebar dan sensor 2 MP untuk makro dan bokeh. Kamera hadapan di tempatkan di lubang hadapan dengan sensor 16 MP.

Realme 6 mempunyai paparan 90Hz dengan resolusi Full HD+ berukuran 6.5″. Ia satu kelebihan kerana setakat ini belum ada peranti bawah RM 1,000 yang menawarkan paparan seumpama ini.

Soal harga juga, di India ia dijual bermula pada INR12,999 (RM 738) hingga INR15,999 (RM 908), jadi adakah tanda harga di Malaysia juga bakal berlegar pada julat itu atau mungkin lebih mahal sedikit? Apa-apa pun kita nantikan pada 22 Mac ini.

Sumber: Realme

Tags: RealmeRealme 6
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Realme 6 akan dilancar ke Malaysia tanpa versi Pro

20 March 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN