• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Dilapor Bangunkan Komponen Khas Untuk Huawei P40 Pro Yang Bakal Dilancarkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:55 am
  • 23/03/2020
  • Komen
Huawei Dilapor Bangunkan Komponen Khas Untuk Huawei P40 Pro Yang Bakal Dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

26 Mac 2020 adalah hari yang dipilih untuk pelancaran siri Huawei P40. Dalam keadaan sekarang, Huawei memilih untuk lakukan majlis pelancaran secara dalam talian sepenuhnya.

Huawei P40 akan datang dalam lima warna dengan kemasan seramik khusus buat P40 Pro PE

Cuma tinggal beberapa hari sebelum pelancaran, semakin banyak maklumat penting tentang telefon ini, terutamanya tentang spesifikasi teknikalnya meresap masuk ke arena Internet.



Exclusive: #HUAWEIP40Pro ->
-6.58"
-Leica Ultra Vision Quad Cam (50MP+40MP+12MP+ToF)
-Huawei XD Fusion Engine for Pictures
-Front: 32MP+Depth
-50X SuperSensing Zoom w/ Telephoto Stabilisation
-4200mAh, 40W Wired & 40/27W Wireless SuperCharge
-Kirin 990 5Ghttps://t.co/klOMtKlG72 pic.twitter.com/cCrTMXS1QX

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) March 21, 2020

Huawei P40 Pro ialah sebuah telefon 6.58” dan dikhabarkan hadir dengan konfigurasi kuadkamera belakang. Kamera utamanya bakal diperkasa sensor 50MP diikuti kamera ultralebar 40MP dan kamera telefonto 12MP beserta kamera ToF untuk bokeh. Yang bakal jadi kelainan pada telefon ini selain sensor 50MP ialah penggunaan komponen khas untuk memproses gambar.

Diberi nama Huawei XD Fusion Engine for Pictures, tidaklah diketahui sama ada ia komponen fizikal ataupun cumalah perisian sama seperti frasa “A.I” yang pernah mereka gunakan pada siri P20 dahulu.



Huawei P40 Pro

Untuk kamera depan, katanya anda diberikan dwikamera selfie 32PM dan satu sensor bokeh.

Di bahagian papan utama, seperti Mate 30 Pro juga, anda akan temui Kirin 990 5G tapi maklumat konfigurasi RAM dan storan tidak pula diketahui. Namun, kita ada maklumat bateri. P40 Pro dibekalkan bateri 4,200mAh yang dicas pantas menggunakan blok 40W ataupun secara wayarles sepantas 40W ataupun 27W.

Untuk P40 edisi biasa, tukang kongsi maklumat ada  menyatakan yang rekaannya hampir sama kecuali pada beberapa bahagian. Contohnya, bahagian kamera sedikit berbeza kerana ia hadir dengan trikamera belakang yang menggabungkan kamera 50MP, 16MP, dan 8MP. Untuk selfie, ia ada satu kamera untuk digunakan.

Miliki paparan 6.1”, Huawei P40 biasa adalah sedikit kecil dan baterinya 3,800mAh tapi tetap menyokong pengecasan pantas.

Sumber: Endgadget

Tags: Huaweihuawei p40huawei p40 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Huawei Dilapor Bangunkan Komponen Khas Untuk Huawei P40 Pro Yang Bakal Dilancarkan

Huawei Dilapor Bangunkan Komponen Khas Untuk Huawei P40 Pro Yang Bakal Dilancarkan

23 March 2020
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER