• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kali ini Instagram pula nak cuba fungsi mesej padam sendiri

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:40 am
  • 23/03/2020
  • Komen
Instagram uji sembunyi Liked di lebih banyak negara
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Whatsapp, Instagram kini sedang mencuba fungsi mesej hapus sendiri untuk diimplimentasikan di dalam ruang mesej (direct messege) mereka.

Hal ini didedahkan menerusi status Twitter milik blogger dan penyelidik aplikasi, Jane Manchun Wong yang menjumpai fungsi ini di dalam kod data aplikasi berkenaan.



Instagram is working on “? mode” where messages disappear

It seems to be in an early barebone version but I tried my best to demonstrate how it might work pic.twitter.com/ZrUZZj0TWo

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) March 19, 2020

Difahamkan, walaupun ia masih dalam fasa percubaan, pengguna boleh mencuba fungsi mesej hapus sendiri menerusi dark mode Instagram Direct Message. Buat masa ini, fungsi berkenaan akan memadamkan mesej sejurus pengguna keluar dari ruang mesej Instagram.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan bahawa ia akan menjadi salah satu fungsi untuk digunakan secara umum. Pihak Instagram juga telah membalas Tweet Jane dan mengesahkan bahawa fungsi ini masih lagi dalam fasa awal pembangunan dan ia belum lagi dicuba secara umum.



We’re always exploring new features to improve your messaging experience. This feature is still in early development and not testing externally just yet!

— Instagram Comms (@InstagramComms) March 19, 2020

Fungsi mesej padam sendiri telah pun digunakan oleh aplikasi Snapchat dan Telegram. Ia sangat bermanfaat untuk mengekalkan privasi mesej antara dua pihak. Ia juga merupakan langkah selamat seandainya kandungan mesej berkenaan mungkin boleh menimbulkan salah faham jika terdedah kepada pihak ketiga. Dengan adanya tetapan ini mesej akan terpadam sendiri mengikut tempoh yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, sejauh mana aplikasi ini dapat menjaga privasi? Adakah ia dapat mengelakkan mesej berkenaan daripada ditangkap layar?

Namun, jika cara fungsi mesej hapus sendiri ini memadam terus mesej selepas keluar dari aplikasi, ia mungkin menjadi masalah jika kita hanya menutup sebentar aplikasi Instagram untuk melihat aplikasi lain. Andai kita lupa apa yang sudah dihantar sebelum ini bagaimana pula nak membalasnya.

Seperti dijelaskan pihak Instagram, ia masih dalam fasa awal pembangunan, jadi kita tunggu dan lihat hasil akhirnya nanti. Bila? Belum tahu.

Sumber: The Next Web

Tags: instagrammesej padam sendiri
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Instagram uji sembunyi Liked di lebih banyak negara

Kali ini Instagram pula nak cuba fungsi mesej padam sendiri

23 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN