• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Edisi Olimpik Galaxy S20+ 5G tidak jauh beza dengan versi global

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:52 pm
  • 23/03/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung memperkenalkan keluaran khas edisi Olimpik untuk telefon Galaxy S20+ 5G yang dikeluarkan dengan  kerjasama syarikat rangkaian telekomunikasi Jepun, NTT Docomo. Berbeza dengan edisi Olimpik Galaxy Note8 yang diberikan kepada atlet sahaja, kali ini edisi sama untuk Galaxy S20+ 5G turut dijual kepada orang ramai.

Galaxy S20+ 5G edisi Olimpik telah pun dibuka untuk pra-tempahan di laman web rasmi NTT Docomo sejak 18 Mac 2020 dan bakal menemui pelanggan secara fizikal pada Jun 2020. Namun, difahamkan ia hanya dipasarkan di Jepun buat masa ini. Belum ada sebarang pengumuman bahawa peranti ini akan menerjah pasaran negara lain.



Secara visual, edisi Olimpik Galaxy S20+ 5G menampilkan wallpaper dan logo NTT Docomo, Galaxy dan Olimpik 2020 di belakang peranti yang direka khas sempena sukan Olimpik Tokyo pada Julai 2020. Ia juga didatangkan dalam kemasan warna Matte Gold

Berdasarkan laman web NTT Docomo, edisi Olimpik ini tidak jauh beza berbanding keluaran flagship Galaxy S20+ 5G. Di atas papan utama, Galaxy S20+ 5G edisi Olimpik dikuasakan oleh chipset Snapdragon 865 SoC . Ia dipadukan dengan RAM 12GB dan storan 128 GB.



Ia dilengkapi skrin sebesar  6.7” bersama paparan Quad HD, Dynamic AMOLED. Tenaganya dijana oleh bateri sebesar 4,500 mAh dan menyokong pengecasan pantas serta tanpa wayar. Galaxy S20 + 5G edisi Olimpik juga dilengkapi kamera belakang dengan sensor 12 MP + 64 MP + 12 MP dan sensor 10 MP kamera hadapan.

Berdasarkan laporan laman web Sammobil, peranti ini ditawarkan pada harga JPY 114,840 (RM 4,628), kira-kira JPY 1,760 (RM 70) lebih tinggi berbanding harga keluaran global di Jepun.

Setakat yang didedahkan, adakah Samsung meletakkan daya tarikan edisi Olimpik ini sekadar pada ukiran logo Olimpik 2020 dan warnanya semata-mata? Apa lagi yang menarik untuk peranti keluaran khas ini? Kita tunggu sahaja keluaran rasminya pada Jun 2020.

Sumber: Sammobile , NTT Docomo

Tags: samsungSamsung Galaxy S20+5G
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Edisi Olimpik Galaxy S20+ 5G tidak jauh beza dengan versi global

23 March 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
5 Terbaik: Laptop untuk pelajar sains komputer dengan bajet RM3,000

5 Terbaik: Laptop untuk pelajar sains komputer dengan bajet RM3,000

16 July 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN