• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KL Sentral dibuka dari pukul 5 pagi hingga 10 malam sepanjang PKP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:17 pm
  • 27/03/2020
  • Komen
KL Sentral dibuka dari pukul 5 pagi hingga 10 malam sepanjang PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) akan ditutup kepada orang awam bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Menurut kenyataan daripada Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), keputusan dilakukan secara bersama dengan pihak pengangkutan awam lain seperti Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), dan RapidKL yang menamatkan perkhidmatan mereka selepas pukul 10 malam. Ia juga merupakan inisiatif pihak MRCB untuk memastikan orang ramai mengikut peraturan sepanjang PKP berkuatkuasa.



Dalam melaksanakan tindakan ini, pihak MRCB turut menutup semua akses masuk melalui  tempat letak kereta, tempat pemunggahan, perkhidmatan kereta api dan juga dari pusat beli belah NU Sentral.

Bagaimanapun, pintu masuk KL Sentral di tingkat dua berhadapan hotel Hilton dan Le Meridian boleh diakses untuk tujuan kecemasan tetapi di bawah pemantauan Polis Bantuan MRCB.



Terdahulu, susulan pengumuman terkini Perintah Kawalan Pergerakan, bermula 25 Mac 2020, semua perkhidmatan pengangkutan awam hanya akan dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam manakala, perkhidmatan teksi serta dan e-hailing beroperasi seperti biasa.

Kes COVID-19 masih meningkat, pengangkutan awam dihad waktu operasi

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi laman sosial Facebook, turut memuat naik jadual pergerakan RapidKL, KTMB dan ERL pada 23 Mac 2020.

Jika penularan wabak COVID-19 semakin teruk, tidak mustahil kerajaan perlu melaksanakan tindakan yang lebih keras. Jika kita tidak memberi kerjasama jangan mengeluh jika PKP berubah menjadi perintah berkurung.

Sumber: Free Malaysia Today, MRCB, APAD

Tags: COVID-19KL SentralMRCBPerintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

KL Sentral dibuka dari pukul 5 pagi hingga 10 malam sepanjang PKP

KL Sentral dibuka dari pukul 5 pagi hingga 10 malam sepanjang PKP

27 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN