Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kes COVID-19 masih meningkat, pengangkutan awam dihad waktu operasi

Sudah hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, tetapi objektif arahan ini dikeluarkan masih belum dicapai. Kes baharu COVID-19 masih belum menurun, malah mencatat kenaikan tertinggi hari ini dengan 212 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah pesakit COVID-19 yang dikesan sebanyak 1,518 orang. Dari jumlah ini, sebanyak 14 kematian telah dicatatkan dengan 159 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lebih dari 60% kes positif ini berkait dengan kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Jumlah yang meningkat ini juga merupakan usaha dari pihak berkuasa yang berjaya mengesan lebih banyak peserta perhimpunan tersebut.

Walaupun begitu, keberkesanan PKP masih tidak boleh disimpulkan. Usaha membendung penyebaran COVID-19 dengan tidak membenarkan rakyat keluar rumah tanpa sebab yang penting, masih tidak menunjukkan hasil yang memuaskan. Jika graf jumlah kes positif masih tidak dapat diratakan, PKP mungkin akan dilanjutkan selepas 31 Mac 2020.

Sehingga pagi tadi, kerajaan memaklumkan pematuhan PKP telah meningkat ke 92%, selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghulurkan bantuan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pemantauan di seluruh negara.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan PKP, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan petang tadi, semua kenderaan pengangkutan awam hanya dibenarkan untuk beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam. Ia diambil ekoran laporan mengenai pengurangan jumlah penumpang yang menaiki kenderaan awam. Selain itu, penjarakan sosial satu meter juga sukar untuk dikawal dalam kenderaan pengangkutan awam.

Bagaimanapun teksi dan e-hailing dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan. Pemandu teksi dan e-hailing boleh terus bertugas dengan memastikan mereka sentiasa memakai topeng muka dan mematuhi penjarakan sosial ketika beroperasi.

BACA  Kemas kini terbaru Telegram ini bawa platform permesejan itu jauh tinggalkan Whatsapp

Penularan wabak COVID-19 boleh dihentikan oleh rakyat Malaysia dengan memastikan penjarakan sosial bersama orang lain serta sentiasa membersihkan diri. Bagi mereka yang pernah berhubungan dengan kes positif terutama peserta Ijtimak Tabligh, pastikan anda menjalani saringan COVID-19 untuk memastikan anda bebas dari jangkitan, atau dirawat segera dan dikuarantin untuk mengelakkan lagi penyebaran.

Sumber: Awani