• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penghasilan kondom terpaksa dihentikan berikutan PKP, dunia kekurangan bekalan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:45 pm
  • 28/03/2020
  • Komen
Penghasilan kondom terpaksa dihentikan berikutan PKP, dunia kekurangan bekalan
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia berhadapan dengan kekurangan bekalan kondom berikutan pengeluar terbesar dunia, Karex Berhad yang berpangkalan di Malaysia, terpaksa menghentikan operasi sepenuhnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menurut, Ketua Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, sejak 10 hari yang lalu pihaknya tidak dapat melakukan sebarang penghasilan kondom dari ketiga-tiga kilangnya di Malaysia. Ia menyebabkan pengeluar satu daripada lima kondom global itu tidak dapat menghasilkan kira-kira 100 juta stok kondom.



Kondom yang dihasilkan oleh Karex Berhad turut dijual di pasaran dengan nama jenama antarabangsa iaitu Durex. Ia juga membekalkannya kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NSH Britain atau program bantuan antrabangsa, UN Population Fund.

Jelas Goh, jika perkara ini berlarutan, dunia akan berdepan dengan kekurangan bekalan kondom. Kekurangan ini bukan sekadar memakan masa berminggu tetapi juga berbulan-bulan.



Pihaknya juga sedang dalam proses, untuk memohon pengecualian supaya boleh beroperasi di bawah syarat-syarat tertentu. Setakat ini, Malaysia meluluskan operasi pengeluar barangan keperluan lain dengan separuh tenaga kerja mereka.

Selain Malaysia, negara China, Thailand dan India juga merupakan antara pengeluar kondom utama dunia. Ketiga-tiga negara ini turut berdepan dengan penularan wabak COVID-19 terutama China (negara pertama terjejas) yang terpaksa menutup semua operasi kilang di sana.

Sementara itu, selain kondom, pengeluar barang keperluan perubatan seperti sarung tangan perubatan turut berdepan masalah dengan operasi mereka di Malaysia.

Setakat petang 28 Mac 2020, Malaysia mencatatkan penambahan jangkitan baru iaitu sebanyak, 159 kes, menjadikan rekod keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,320 kes dengan 27 kematian setakat ini.

Kekurangan kondom juga boleh menjadi masalah besar. Manakan tidak, bagi mereka yang merancang keluarga pastinya akan terjejas perancangan mereka. Lama sangat duduk di rumah ni, takut tahun depan ramai pula yang sambut cahaya mata baru.

Sumber: CNA

Tags: karex berhadkondomPerintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Penghasilan kondom terpaksa dihentikan berikutan PKP, dunia kekurangan bekalan

Penghasilan kondom terpaksa dihentikan berikutan PKP, dunia kekurangan bekalan

28 March 2020
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN