• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

1GB Percuma PKP: Pengguna Maxis dan Hotlink perlu tebus data percuma setiap hari

  • OLEH Najib
  • 3:48 pm
  • 29/03/2020
  • Komen
1GB Percuma PKP: Pengguna Maxis dan Hotlink perlu tebus data percuma setiap hari
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia boleh menerima 1GB internet percuma setiap hari bermula 1 April sebagai salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin. Maxis kini menjelaskan bagaimana pengguna pascabayar dan prabayar Maxis dan Hotlink, untuk mendapatkan data percuma ini.

Tidak seperti Celcom di mana pengguna tidak perlu berbuat apa untuk menerima 1GB percuma, pengguna Maxis dan Hotlink perlu menebus data percuma ini setiap hari, bermula dari 1 April hingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, data ini hanya boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Penggunaan di luar waktu ini akan diambil dari kuota data sedia ada.



#DudukDiRumahKekalBerhubung. Dari 1 April, semua pengguna Maxis, Maxis Business, Hotlink Pascabayar dan Prabayar akan dapat menikmati 1GB data percuma yang boleh digunakan dari 8am hingga 6pm

— Hotlink (@HotlinkRED) March 28, 2020

Data 1GB percuma ini boleh ditebus menerusi aplikasi yang berkenaan seperti berikut:

Maxis Postpaid
Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”



Maxis Biz Postpaid
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Hotlink Flex Postpaid
Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Hotlink Prepaid
Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’

Jangan lupa ya, anda perlu menebus data percuma ini setiap hari untuk menggunakannya. Ia hanya boleh ditebus sekali sehari dan tidak boleh ditebus lebih awal untuk hari esok. Pengguna talian tambahan boleh mengaktifkan sendiri pas 1GB percuma ini atau ia juga boleh diaktifkan oleh talian utama di dalam aplikasi MyMaxis.

Pengguna MaxisONE Prime tidak layak menerima 1GB data percuma ini kerana mereka telah memiliki data tanpa had. Sebelum ini, Maxis telah memberikan pengguna pascabayar 3GB data percuma yang ditebus menerusi aplikasi MyMaxis. Ia boleh ditebus sekali sahaja dan sah digunakan dalam masa 30 hari selepas diaktifkan.

Kami dimaklumkan, akses percuma tanpa had ke Skype, Zoom dan Microsoft Teams tidak lagi diberikan.

Untuk pengguna prabayar Hotlink, anda masih boleh mendapatkan 20GB data percuma dengan membeli pas HotlinkMU #StayHome. Tempoh sah penggunaan adalah mengikut pas yang dibeli.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, layari laman web Maxis Stay Home Stay Connected.

Tags: hotlinkmaxisPakej Rangsangan EkonomiPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

1GB Percuma PKP: Pengguna Maxis dan Hotlink perlu tebus data percuma setiap hari

1GB Percuma PKP: Pengguna Maxis dan Hotlink perlu tebus data percuma setiap hari

29 March 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN