• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua kedai dan khidmat penghantaran beroperasi selama 12 jam bermula fasa kedua PKP

  • OLEH Najib
  • 5:30 pm
  • 30/03/2020
  • Komen
Semua kedai dan khidmat penghantaran beroperasi selama 12 jam bermula fasa kedua PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat, bermula hari Rabu ini 1 April 2020. Dalam fasa kedua sehingga 14 April ini, semua premis perniagaan hanya boleh beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan masa operasi ini dikenakan pada pasar raya, kedai yang menjual barangan harian, stesen minyak serta kedai makan. Semuanya diselaraskan kepada waktu yang sama, dari 8 pagi hingga 8 malam. Perkara ini turut dikuatkuasakan untuk pembelian makanan bawa pulang dan penghantaran makanan.



Untuk operasi pengangkutan awam pula, ia masih mengikuti tempoh seperti di fasa pertama PKP, iaitu antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi, dan 5 petang hingga 10 malam. Ini termasuk bas henti-henti, bas percuma seperti GoKL dan Smart Selangor, semua bas perantara, perkhidmatan LRT, monorel dan MRT, ERL serta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Manakala perkhidmatan teksi dan e-hailing pula, operasinya dihadkan dari pukul 6 pagi hingga 10 malam sahaja.



Bagi kenderaan komersial yang membawa barangan keperluan dan makanan, ia masih dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi digalakkan bergerak waktu malam, antara 7 malam hingga 7 pagi.

Sumber: Mstar

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Semua kedai dan khidmat penghantaran beroperasi selama 12 jam bermula fasa kedua PKP

Semua kedai dan khidmat penghantaran beroperasi selama 12 jam bermula fasa kedua PKP

30 March 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN