• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga siling topeng muka diturunkan ke RM1.50 seunit

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:06 pm
  • 31/03/2020
  • Komen
Harga siling topeng muka diturunkan ke RM1.50 seunit
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah menurunkan harga siling bagi topeng muka penutup mulut dan hidung kepada RM 1.50 seunit berbanding RM 2 sebelum ini berkuatkuasa 1 April 2020.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga siling topeng muka berkemungkinan akan berubah pada masa hadapan mengikut harga belian semasa. Jelasnya, topeng muka kebanyakannya diimport dari luar negara berikutan kurangnya penghasilan barang berkenaan di Malaysia. Oleh yang demikian, harga jualan terikat dengan harga import. Pihak kerajaan akan terus mengkaji harga topeng muka dari semasa ke semasa.



HARGA SILING TOPENG MUKA DITETAPKAN RM1.50

Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka adalah RM1.50. Kerajaan akan terus mengkaji harga tersebut dari semasa ke semasa dan akan umumkan jika terdapat perubahan harga topeng muka.@jpmgov_ @JPenerangan @KKMPutrajaya pic.twitter.com/2xMq3b6Xii

— Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (@MKNJPM) March 30, 2020

Sementara itu, apabila ditanya berkenaan penetapan harga siling bagi cecair pembasmi kuman (hand sanitizer), Ismail Sabri memberitahu setakat ini belum ada harga siling yang ditetapkan untuk produk berkenaan berikutan harganya yang berbeza mengikut jenama. Malah, ada yang diimport dan sebahagiannya dihasilkan oleh pengeluar tempatan.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan akan berbincang dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung perkara berkenaan jika ada keperluan.



Terdahulu, harga runcit bagi seunit topeng muka (perubatan/pembedahan) jenis 3 lapisan sama ada gelung telinga, gelung kepala, ataupun ikatan kepala meningkat daripada RM 0.80 kepada RM 2. Perdana Menteri tidak bersetuju dengan harga siling berkenaan, kerana ia dilihat terlalu tinggi dan tidak sepatutnya menjadi isu kerana pihak kastam sudah menghapuskan duti import untuk pembelian topeng muka.

Harga topeng muka sudah diturunkan. Namun, pada masa sama, diharap kerajaan dapat pantau harga dan kandungan cecair pembasmi kuman. Ada sebahagian dijual dengan harga tidak masuk akal malah, banyak pula jenama baru yang wujud sejak penularan wabak COVID-19 ini.

Sumber: Bernama

Tags: COVID-19KPDNHEPTopeng Muka
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Harga siling topeng muka diturunkan ke RM1.50 seunit

Harga siling topeng muka diturunkan ke RM1.50 seunit

31 March 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER