• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengusaha stesen minyak mungkin muflis, PDAM saran penetapan harga lantai petrol

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:22 pm
  • 31/03/2020
  • Komen
Pasang Touch n Go RFID percuma di Shell dan isi petrol guna RFID tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Pengusaha stesen minyak berkemungkinan muflis berikutan tekanan kewangan yang dialami susulan penurunan harga bahan api dan kekurangan pelanggan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menyatakan, penurunan jualan bahan api telah dicatatkan mencecah 70 peratus. Pengusaha juga berdepan dengan kos operasi yang perlu ditanggung setiap bulan.



Jelasnya, terdapat sebahagian peruncit petrol yang menyuarakan kebimbangan bahawa mereka berdepan dengan penyusutan modal pusingan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membeli bahan api dan dan hanya bergantung kepada sebanyak mana simpanan yang ada. Tambahan pula, pengusaha terpaksa menanggung pelbagai perbelanjaan lain seperti bil elektrik dan gaji pekerja.

Lazimnya modal kerja bagi pengedar petrol hanya kira-kira RM200,000 dan ia tidak mampu bertahan dalam keadaan semasa. Untuk minggu ini sahaja pengusaha telah kerugian RM40,000.



Ini berikutan, bagi tempoh 21 hingga 27 Mac 2020, peruncit petrol terpaksa menjual bahan api pada paras rugi antara 12 hingga 38 sen seliter (mengikut jenis minyak), ekoran penurunan harga minyak yang berlaku berikutan perbalahan antara negara pengeluar selain penularan wabak COVID-19.

Harga bahan api kini dicatatkan menurun setiap minggu sejak 29 Februari 2020. RON97 mencatatkan penurunan sebanyak 72 sen, daripada RM2.10 kepada RM1.68 seliter. Harga RON95 pula menurun sebanyak 70 sen kepada RM 1.38 berbanding RM2.08 seliter sebelum ini dan minyak diesel pula berkurangan 45 sen kepada RM1.68 seliter.

Perusahaan stesen minyak juga tidak tersenarai dalam enam sektor terpilih yang menerima rebat elektrik 15 peratus. Kebiasaanya bil elektrik bagi perusahaan stesen minyak mencecah antara RM30,000 dan RM70,000 (bergantung kepada saiz stesen minyak).

Tetapkan Harga Lantai

Berdasarkan situasi berkenaan, PDAM meminta agar pihak kerajaan dapat memperkenalkan harga lantai bahan api serta mewujudkan dana penstabilan bagi membantu pengusaha stesen minyak.

Tambah Khairul Annuar lagi, penetapan harga lantai adalah satu mekanisme yang baik. Jika harga melonjak melangkaui paras ditetapkan, kerajaan boleh menyerap lebihan berkenaan menerusi dana penstabilan. Ia boleh dimanfaatkan bagi tujuan (skim) subsidi.

Jika perkara ini berlarutan, takut pula selepas tamat PKP, banyak stesen minyak yang tutup sebab mengalami kerugian. Mungkin ada solusi terbaik yang akan diumumkan kerajaan kelak untuk mereka. Semoga penularan wabak COVID-19 akan semakin pulih dan kita semua dapat kembali menjalani hidup seperti biasa.

Sumber: Paultan

Tags: COVID-19harga minyakPDAMPerintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Pasang Touch n Go RFID percuma di Shell dan isi petrol guna RFID tidak lama lagi

Pengusaha stesen minyak mungkin muflis, PDAM saran penetapan harga lantai petrol

31 March 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN