• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Charge 4 Dinaik Taraf Pada GPS Dan Harganya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 am
  • 01/04/2020
  • Komen
Fitbit Charge 4 Dinaik Taraf Pada GPS Dan Harganya
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit hari ini telah mengemas kini siri gelang kecergasan Charge mereka dengan pengenalan Fitbit Charge 4. Berbanding Charge 3, Charge 4 mengekalkan rupa fizikal yang sama tapi di bahagian dalamnya gelang kecergasan ini terima pelbagai naik taraf.

Paling ketara adalah ia kini dilengkapi sensor GPS untuk merakam lokasi aktiviti anda. Menurut Fitbit, anda tak perlu lagi bawa telefon semasa keluar bersenam untuk tujuan merekod aktiviti sebab ia boleh dilakukan terus daripada jam.



Tapi, jika telefon ditinggalkan di rumah, anda tak boleh dengar Spotify sepanjang aktiviti walaupun gelang ini ada fungsi Spotify control. Jajan-jajan lain yang turut ada adalah seperti Fitbit Pay, notifikasi telefon pintar, menjejak tempoh tidur, sensor SpO2 dan sebagainya.

Untuk ketahanan bateri, menurut laman rasmi ia boleh bekerja sehingga 7 hari lamanya dengan satu tangki penuh. Jika gunakan fungsi GPS secara terus menerus, ia mampu berkhidmat shingga 5 jam lamanya.



Fitbit Charge 4 to akan mula dijual pada 13 April 2020 di beberapa pasaran terpilih. Malaysia tidak termasuk dalam senarai pasaran terpilih tersebut tapi Singapura ada. Di sana, Charge 4 dijual pada harga USD248 (RM749). Untuk perbandingan Charge 3 dulu dijual di Malaysia pada harga RM728.

Agak mahal jika dibandingkan dengan gelang kecergasan yang lain. Untuk perspektif, Amazfit GTS yang ada paparan AMOLED lebih besar dan semua yang mampu dilakukan Fitbit Charge 4 dijual pada harga kurang daripada RM500.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Fitbitfitbit charge 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fitbit Charge 4 Dinaik Taraf Pada GPS Dan Harganya

Fitbit Charge 4 Dinaik Taraf Pada GPS Dan Harganya

1 April 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN