• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tidak perlu risau kerja dari rumah, telefon pintar boleh lancarkan urusan harian

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:00 pm
  • 05/04/2020
  • Komen
Ini Sebab Kenapa Kamera Galaxy S20 Ultra Boleh Mengezum 100×
Share on FacebookShare on Twitter

Kini kita mempunyai teknologi moden yang membantu memudahkan urusan harian. Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan telefon pintar, kita boleh menyelesaikan tugasan, malah berhibur dan mengeratkan hubungan. Perkara sama juga dikongsi oleh Samsung dengan peranti flagship Galaxynya.

Menerusi aplikasi dan ciri tersendiri di telefon pintar, pengguna boleh kekal aktif, produktif dan berhubung. Keluarga Samsung Galaxy juga berkongsi cara bagaimana perantinya memberi kemudahan kepada pengguna walaupun hanya di rumah.



Menjaga kesihatan penting dalam tempoh PKP. Terdapat banyak aplikasi yang boleh membantu kita kekal aktif. Seperti aplikasi Samsung Health, penggguna boleh mendapatkan pelbagai tips dan program senaman di bahagian Discover. Samsung Health juga mempunyai penjejak aktiviti dan kecergasan.

Dengan telefon pintar juga, pengguna boleh melakukan panggilan dan sidang video, yang boleh dilakukan dalam pelbagai aplikasi. Di Samsung Galaxy menerusi aplikasi Google Duo, pengguna boleh berhubung dengan satu hingga 12 orang pada masa sama dengan kejelasan definisi tinggi penuh.



Dalam keadaan kita perlu bekerja atau pengajian dari rumah, aplikasi seperti Micorsoft merupakan satu keperluan. Samsung Galaxy merupakan antara peranti yang menyediakan aplikasi ini. Malah, dengan sambungan ke Windows dan aplikasi Your Phone Companion, urusan bekerja boleh dipantau menerusi telefon pintar.

Tidak semestinya duduk dirumah membosankan. Dengan telefon pintar, banyak jenis hiburan yang boleh diterokai, dari muzik, video atau menonton siri televisyen dan filem. Pengguna Samsung Galaxy juga boleh mendapatkan hiburan menerusi pelbagai aplikasi seperti berikut:

  • Netflix
    • Menerusi aplikasi Netflix, pelbagai filem mahupun siri televisyen yang boleh ditonton oleh pengguna. Carian juga lebih mudah dengan bantuan Samsung Daily (hanya di Samsung Galaxy S20 dan Z Flip) , Bixby dan Finder
  • Youtube
    • Terdapat himpunan video yang boleh ditonton di Youtube, malah ia juga mempunyai aplikasi muzik. Pengguna boleh menonton video tanpa gangguan sama ada iklan atau ketika di luar talian menerusi akses premium. Ia juga membolehkan video dimainkan ketika menggunakan aplikasi lain. Samsung Galaxy S20, memberi penggunanya langgan Youtube Premium percuma selama empat bulan.
  • Spotify
    • Dengan Spotify, pengguna boleh mendapatkan akses untuk lagu kegemaran. Kalau anda ada pembantu maya di peranti, carian akan lebih mudah. Seperti Samsung Galaxy, ia ada pembantu maya, Bixby, yang membolehkan pengguna memilih atau memainkan semula lagu kesukaan mereka.

Dalam berhibur, keperluan rumah juga perlu mencukupi. Sepanjang tempoh wabak COVID-19 masih menular, pembelian online adalah cara yang paling selamat. Dapat amalkan penjarakan sosial dengan pembayaran secara dalam talian. Boleh juga guna Samsung Pay yang disambungkan dengan akaun bank atau e-dompet. Kalau terpaksa ke kedai, transaksi pembayaran boleh dilakukan dengan telefon menggunakan ciri tanpa sentuhnya (kad maya atau kod QR).

Dengan kelebihan yang ada pada telefon pintar, tiada lagi alasan untuk kita tidak produktif, meskipun dalam tempoh PKP. Manfaatkan kemudahan ini sebaiknya, bukan sahaja untuk pekerjaan atau pembelajaran tetapi mengeratkan hubungan sesama keluarga dan rakan-rakan.

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakantelefon pintar
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Ini Sebab Kenapa Kamera Galaxy S20 Ultra Boleh Mengezum 100×

Tidak perlu risau kerja dari rumah, telefon pintar boleh lancarkan urusan harian

5 April 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN