• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 9S MFF 2020 hanya ada 2020 unit seluruh dunia, akan dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:26 am
  • 06/04/2020
  • Komen
Redmi Note 9S MFF 2020 hanya ada 2020 unit seluruh dunia, akan dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2020 merupakan ulangtahun ke-10 penubuhan Xiaomi. Bagi meraikan ulangtahun ini, Xiaomi telah mengumumkan edisi khas untuk telefon pintar terbaru mereka, digelar sebagai Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition.

Edisi terhad Redmi Note 9S ini dihasilkan sebanyak 2,020 unit sahaja di seluruh dunia. Ia akan turut dijual di Malaysia, semasa Mi Fan Festival berlangsung dari 7 hingga 9 April 2020, secara eksklusif di Stor Xiaomi di Shopee sahaja.



Tidak pula dinyatakan berapa unit Redmi Note 9S MFF ini akan dijual di Malaysia. Ia dijual pada harga RM949, lebih mahal RM50 dari model biasa dengan storan 128GB. Tetapi pembelian edisi terhad ini akan turut menerima gelang kecergasan Mi Band 4 bernilai RM149 secara percuma. Ia lebih berbaloi jika anda turut mahukan Mi Band 4 ini.

Secara teknikal, Redmi Note 9S MFF ini tak ada beza dengan model yang biasa. Perbezaannya adalah pada luarannya. Di belakang badannya yang berwarna kelabu, terdapat logo MFF 2020 tercetak di belakang. Selain itu, dimaklumkan ia juga akan memiliki kotak dengan rekaan khas MFF 2020.



Di dalam, ia memiliki kuasa cip Qualcomm Snapdragon 720G, bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Baterinya 5,020mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C, tetapi Xiaomi memberikan pengecas 22.5W di dalam kotak.

Skrin telefon ini sebear 6.67-inci, resolusi HD Penuh dan refresh rate 60Hz. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla 5 dengan pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Telefon ini juga masih memiliki jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah.

Kamera belakangnya ada empat di dalam modul petak. Ia adalah kamera utama 48MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapan pula 16MP F2.48 dan terletak di dalam lubang di skrin atas.

Jangan lupa untuk ke Stor Xiaomi Shopee pada tengah malam ini, di mana Mi Fan Festival mula membuka tirai pada pukul 12 tengah malam, 7 April 2020.

Tags: xiaomiXiaomi Redmi Note 9SXiaomi Redmi Note 9S MFF 2020
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Note 9S MFF 2020 hanya ada 2020 unit seluruh dunia, akan dijual di Malaysia

Redmi Note 9S MFF 2020 hanya ada 2020 unit seluruh dunia, akan dijual di Malaysia

6 April 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Imej promosi Galaxy Z Fold 8 dan Z Fold 8 Ultra tertiris menjelang pelancaran

Imej promosi Galaxy Z Fold 8 dan Z Fold 8 Ultra tertiris menjelang pelancaran

20 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN