Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Diskaun RM100 Redmi Note 9S dan banyak lagi tawaran menarik di Mi Fan Festival 2020

Xiaomi meraikan peminat setiap tahun dengan mengadakan acara Mi Fan Festival, di mana banyak diskaun dan tawaran menarik diberikan untuk pembelian produk Xiaomi. Tahun ini, Xiaomi Malaysia akan mengadakan Mi Fan Festival pada 7 hingga 9 April 2020.

Terdapat dua platform yang menawarkan promosi sepanjang 3 hari Mi Fan Festival ini iaitu di Lazada dan Shopee. Anda diminta untuk meneliti produk yang ditawarkan agar tidak tersalah membeli barangan dengan harga promosi.

Bagi pembelian mana-mana telefon pintar Xiaomi dalam festival ini, pembeli layak menerima satu kali penggantian skrin dalam masa 6 bulan pertama. Resit pembelian harus disertakan sebagai bukti.

Telefon pintar terbaru Xiaomi, Redmi Note 9S telah mula berada di pasaran sejak bulan lepas, tetapi dengan varian storan 64GB. Model 128GB akan mula dijual pertama kali semasa Mi Fan Festival ini tetapi tiada promosi disertakan bersama. Sebaliknya, Xiaomi sekali lagi memberi diskaun RM100 untuk varian 64GB.

Stor Xiaomi Lazada

Selain telefon pintar, pengunjung Stor Xiaomi di Lazada boleh mendapatkan aksesori seperti powerbank, gelang kecergasan dan fon kepala TWS pada harga lebih rendah dari biasa. Khas selama 2 jam sahaja, dari 12 tengah malam hingga 2pagi pada 7 April, 100 unit Redmi 8A (2GB+32GB) akan dijual pada harga RM299 sahaja.

Senarai produk Xiaomi yang boleh didapati di Lazada semasa Mi Fan Festival ini adalah seperti berikut:

BACA  PKPB: Mesin ATM kembali operasi seperti biasa, caj pengeluaran kekal dikecualikan

Xiaomi juga akan bersiaran secara langsung pada waktu tertentu, untuk menawarkan tawaran berkembar. Anda harus menyaksikan siaran tersebut untuk mendapatkan tawaran ini. Waktu siaran dan produk yang ditawarkan ialah:

  • 7 April, 2 petang – Redmi Note 9S + Mi Band 4
  • 8 April, 2 petang – Mi TWS + Redmi 8A
  • 9 April, 2 petang – Redmi Powerbank + Redmi Note 8 Pro

Stor Xiaomi Shopee

Sementara itu di Stor Xiaomi Shopee, ia menawarkan lebih banyak produk Xiaomi seperti pembersih hampagas, penapis udara dan beg. Semak senarai yang boleh anda beli di Shopee di bawah ini: