Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tiada yang baru di Redmi Note 9S tetapi cerita harganya berbeza

Xiaomi akhirnya memperkenalkan Redmi Note 9S dalam satu acara pelancaran dalam talian. Acara ini dilangsungkan serentak untuk pasaran Asia Tenggara dan antarabangsa, apabila ia mengumumkan harga jualan untuk Malaysia, Singapura, Thailand dan dalam Dolar Amerika.

Jika anda telah mengenali Redmi Note 9 Pro yang telah dilancarkan di India dua minggu lepas, maka anda telah tahu semua perkara tentang Redmi Note 9S. Ini kerana Redmi Note 9S adalah versi antarabangsa untuk Redmi Note 9 Pro India. Perkara ini bukanlah perkara baru kerana siri Redmi di India sering memiliki spesifikasi berbeza dari versi antarabangsa. Contohnya Redmi K20 di India adalah Mi 9T di Malaysia.

Oleh itu, kita terus cerita pada harga, tarikh jualan dan promosi berkaitan Redmi Note 9S. Telefon ini akan mula dijual di Malaysia pada 27 Mac 2020, dalam dua jenis variasi.

  • Redmi Note 9S (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM799
  • Redmi Note 9S (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899

Varian yang lebih murah, berharga RM799 akan dijual dalam talian di Lazada dan Shopee sahaja. Manakala varian 128GB pula akan dijual di semua saluran, dalam dan luar talian. Tapi sila ambil maklum, semua kedai fizikal Mi Store ditutup sehingga 31 Mac 2020.

Anda boleh mendapat diskaun RM100 untuk membeli Redmi Note 9S 64GB, sempena sambutan ulangtahun ke-8 Lazada. Ia seperti apa yang kami temui 3 hari lepas, di mana Redmi Note 9S 64GB akan dijual pada harga RM699 sahaja. Tetapi harga ini hanya boleh didapati dalam masa 2 jam iaitu pada tengah malam 27 Mac, dari 12am hingga 2am. Lepas tu, harganya kembali ke asal iaitu RM799.

BACA  Bateri besar, pengecas pantas dan kamera biasa tiba di Redmi Note 9 Pro dan Pro Max

Jadi, jika anda mahu memiliki Redmi Note 9S, masa terbaik ialah pada malam jumaat, 27 Mac dari 12 tengah malam sampai 2 pagi. Beli online pun lebih baik sekarang, di masa kita dilarang keluar atas Perintah Kawalan Pergerakan.

Buat yang belum kenal, Redmi Note 9S dikuasakan oleh pemproses baru Snapdragon 720G. Ia dipadankan bersama RAM 4GB dan storan 64GB, atau RAM 6GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk storan tambahan sehingga 512GB dan ia menerima dua kad sim berasingan, boleh menggunakan ketiga-tiga kad serentak.

Bateri sangat besar dipasang di dalamnya, 5,020mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Menariknya, Xiaomi memberikan kepala pengecas 22.5W di dalam kotak. Jadi ia boleh mengecas telefon lain yang menyokong 22.5W. Tiada pengecasan wayarles. Selain itu, telefon ini masih memiliki jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah.

Tiada faktor wow pada skrin Redmi Note 9S. Ia dari jenis LCD, berukuran 6.67-inci dengan resolusi HD Penuh serta refresh rate 60Hz sahaja. Ia menggunakan lubang di bahagian atas skrin untuk memuatkan kamera hadapan. Kaca Corning Gorilla Glass 5 melapisi hadapan dan belakang telefon, manakala pengimbas capjari terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Kamera belakangnya seperti tiada perbezaan dengan Redmi Note 8. Ia ada kamera utama 48MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2 serta kamera pengesan kedalaman 2MP. Perbezaannya pada kamera makro, kini dengan sensor 5MP F2.4. Ia juga berupaya merakam video 4K, tetapi kini boleh merakan video super gerak peralahan 960fps. Kamera hadapan dinaik taraf, menggunakan sensor 16MP F2.48 dan terletak di dalam lubang di skrin atas.

BACA  Guna pencetak 3D, dua kakitangan Intel hasilkan hampir 500 pelindung muka

Terdapat tiga warna disediakan untuk pilihan pembeli Redmi Note 9S. Warna tersebut ialah Glacier White, Aurora Blue dan Interstellar Grey.