Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Lazada bocorkan tarikh jualan dan harga Redmi Note 9S?

Xiaomi Malaysia akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, Redmi Note 9s di Malaysia pada hari Isnin depan. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis pelancaran ini akan dibuat dalam talian sahaja. Orang ramai yang berminat, boleh turut sama menyaksikan majlis pelancaran Redmi Note 9s secara langsung, bermula pukul 8 malam pada 23 Mac nanti.

Sementara harga Redmi Note 9s masih belum diketahui sehingga pelancarannya, kita boleh menjangkakan untuk model RAM 4GB dan 64GB, akan diberikan harga di bawah RM1,000. Ini kerana stor Xiaomi di Lazada, telah memuat naik poster kempen Ulangtahun ke-8 Lazada, di mana Redmi Note 9s akan dijual pada harga RMxx9. Tiga angka sahaja, harga paling mahal pun ialah RM999.

Tetapi adakah Xiaomi akan menjual Redmi Note 9s pada harga RM699? Ini kerana semasa kami melayari laman Lazada, kami telah menemui mereka memuat naik harga jualan kilat untuk Redmi Note 9s ialah RM699.

Harga ini boleh didapati selama dua jam sahaja, dari pukul 12 tengah malam sehingga 2 pagi, pada 27 Mac 2020. Maklumat ini telah dibuang tetapi kami sempat membuat tangkap layar.

Jika maklumat ini benar, kita boleh menyimpulkan bahawa Redmi Note 9s akan mula dijual pada 27 Mac 2020. Malah, harga promosi untuk model RAM 4GB dan storan 64GB ialah RM699. Harga asalnya mungkin lebih tinggi, sama ada RM749 atau RM799. Ini apa yang kita boleh spekulasikan dari maklumat ini.

Persoalan lebih besar ialah apakah spesifikasi untuk Redmi Note 9S? Ini kerana model yang telah dilancarkan di India ialah Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max. Kedua-dua model di India ini menggunakan cip Snapdragon 720G terbaru dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Skrinnya dari jenis LCD seluas 6.67-inci HD Penuh dengan refresh rate biasa 60Hz.

BACA  Telefon Xiaomi akan dipasang kamera 108MP HM2 dengan zum 120x

Bateri sebesar 5,020mAh digunakan oleh kedua-dua model tetapi versi Pro Max diberikan pengecas 33W manakala Pro datang dengan pengecas 18W. Ia menggunakan port USB-C untuk mengecas dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah padanya.

Harga jualan Redmi Note 9 Pro di India bermula dari INR12,999 (~RM752) dengan RAM 4GB dan storan 64GB, manakala Redmi Note 9 Pro Max pula berharga dari serendah INR14,999 (~RM868) dengan RAM 6GB dan storan 64GB.

Apakah persamaan dan perbezaan yang akan ada di Redmi Note 9S? Kita tunggu pengumumannya pada 23 Mac nanti.