Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Redmi Note 9 akan tiba di Malaysia minggu depan tetapi bukan versi Pro atau Max

Xiaomi telah memperkenalkan generasi ke-9 bagi siri Redmi Note mereka di India minggu lepas. Terdapat dua model yang dilancarkan iaitu Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max. Tidak lama lagi, model terbaru Redmi Note ini akan membuat kemunculan di Malaysia tetapi ia memiliki nama yang jauh berbeza.

Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah memuat naik status menyatakan satu telefon pintar baru akan datang pada 23 Mac. Bertemakan “Power To Win“, telefon pintar tersebut akan membawa nama Redmi Note 9S. Bukan Redmi Note 9 Pro atau Redmi Note 9 Pro Max seperti yang dilancarkan di India minggu lepas.

Peranti ini ditemui telah tersenarai di SIRIM pada 12 Mac lepas dengan ciri-ciri seperti sokongan rangkaian 4G LTE, WiFi 802.11ac tetapi tiada NFC. Ia juga boleh menggunakan dua kad sim serentak.

Persoalan lebih utama ialah apakah spesifikasi yang akan dibawakan Redmi Note 9S ini? Berapa banyakkah persamaan yang dikongsinya dengan Redmi Note 9 Pro dan adakah ia terletak di bawah atau di atas model yang dilancarkan di India? Secara kasar berdasarkan namanya, kita boleh katakan Redmi Note 9S akan berada di bawah Redmi Note 9 Pro tetapi tidak mustahil ia berbeza dari kebiasaan.

Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max memiliki banyak persamaan, terutama kuasa dalaman. Ia menggunakan cip Snapdragon 720G terbaru dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Skrinnya dari jenis LCD seluas 6.67-inci HD Penuh dengan refresh rate biasa 60Hz.

Di Pro Max, di belakang ia dipasang dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Manakala versi Pro dibekalkan kamera utama 48MP bersama tiga lagi kemera yang sama dengan Pro Max.

BACA  Pengguna Hotlink Unlimited rasa tertipu kerana pelan ini sebenarnya ada had kuota

Untuk kamera hadapan pula, Pro Max memiliki kamera 32MP manakala Pro cukup dengan kamera 16MP. Kamera hadapan ini terletak di dalam lubang di atas skrin, sama seperti siri Galaxy S20.

Kedua-dua versi Redmi Note 9 di India datang dengan bateri besar 5,020mAh tetapi versi Pro Max diberikan pengecas 33W manakala Pro datang dengan pengecas 18W. Ia menggunakan port USB-C untuk mengecas dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah padanya.

Harga jualan Redmi Note 9 Pro di India bermula dari INR12,999 (~RM752) dengan RAM 4GB dan storan 64GB, manakala Redmi Note 9 Pro Max pula berharga dari serendah INR14,999 (~RM868) dengan RAM 6GB dan storan 64GB.

Pencabar terdekat Redmi Note 9 adalah telefon pintar dari Realme iaitu Realme 6 dan Realme 6 Pro yang baru dilancarkan di India. Xiaomi dilihat lebih awal membawa siri Redmi Note 9 ke Malaysia berbanding Realme tetapi siapakah yang sanggup mengorbankan harga untuk menarik minat pembeli di Malaysia? Secara kasar, Realme 6 Pro juga dilihat lebih berkuasa dari Redmi Note 9 Pro Max.

Sumber: Xiaomi