• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sarung telefon Samsung manfaatkan bahan kitar semula

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:10 pm
  • 06/04/2020
  • Komen
Sarung telefon Samsung  manfaatkan bahan kitar semula
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung menjalinkan kerjasama dengan syarikat tekstil dari Denmark, Kvadrdat, dalam menghasilkan aksesori telefon mesra alam sekitar daripada bahan kitar semula.

Menerusi kolaborasi berkenaan, Samsung memperkenalkan sarung pelindung telefon untuk model Galaxy S20+. Ia dihasilkan dengan kaedah ‘upcycling’ iaitu penggunaan semula bahan buangan, untuk menghasilkan produk baharu yang lebih berkualiti.



Berdasarkan kenyataan daripada pihak Samsung, proses penghasilan aksesori berkenaan menggunakan bahan botol air plastik 500ml yang diproses menjadi bebenang tekstil.

Pembuatannya menjalani proses yang mesra alam, kurang pelepasan karbon dioksida dan jimat penggunaan bahan bakar berbanding penghasilan menggunakan bahan poliester. Satu botol plastik 500ml boleh menghasilkan dua sarung telefon Galaxy S20+. Proses ini sekali gus membantu mengurangkan jumlah sisa botol plastik.



Setakat ini, harga yang dicadangkan untuk pasaran Malaysia bagi sarung telefon mesra alam Galaxy S20+ ialah RM 149. Ia juga didatangkan dalam warna kelabu, merah dan hijau.

Selain sarung telefon, Samsung juga bakal memperkenalkan tali jam tangan pintar, Galaxy Watch Active2, yang dihasilkan daripada tekstil dari Kavdrdat dan bahan dari sumber mapan lain.

Seiring kerjasama Samsung dalam Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun lalu, sebahagian pendapatan daripada jualan sarung telefon mesra alam Galaxy S20+ akan disumbangkan untuk menyokong 17 matlamat global dalam program berkenaan. Selain menerusi pembelian, pengguna Galaxy juga boleh memuat turun Aplikasi Global Goals Samsung bagi mengetahui lebih banyak cara untuk menyokong usaha Samsung dan PBB ini.

Usaha pihak Samsung dalam penghasilan produk dari bahan kitar semula setidaknya dapat membantu mengurangkan pembuangan jutaan sisa plastik yang dihasilkan dalam seminit. Kalau syarikat besar prihatin, kita juga perlu tanamkan kesedaran untuk selamatkan alam sekitar.  

Sumber: Samsung

Tags: samsungSamsung Galaxy S20
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sarung telefon Samsung  manfaatkan bahan kitar semula

Sarung telefon Samsung manfaatkan bahan kitar semula

6 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN