• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Pertembungan Zum: Galaxy S20 Ultra vs. Find X2 Pro vs. P30 Pro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
Pertembungan Zum: Galaxy S20 Ultra vs. Find X2 Pro vs. P30 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei P30 Pro adalah antara telefon yang terawal menawarkan zum superjauh iaitu 50x zum digital. Sejak itu, ramai pengeluar berlumba-lumba memasukkan ciri itu dalam produk mereka, walaupun pada saya, hasil gambar daripada pengezuman sejauh ini tak layak pun untuk dikongsikan kecuali untuk kecemasan.

Dalam artikel ini, saya membandingkan tiga buah telefon yang ada keupayaan mengezum jauh.



Yang pertama ialah Huawei P30 Pro, bapa kategori superzum yang dilancarkan di Malaysia pada awal April 2019.

Untuk tahun 2020, kita ada dua telefon yang ada keupayaan hampir serupa iaitu Samsung Galaxy S20 Ultra dan juga Oppo Find X2 Pro.



Galaxy S20 Ultra setakat ini miliki julat mengezum yang terjauh dalam kalangan telefon pintar. Digelar Samsung sebagai Space Zoom, ia boleh pergi sehingga 100x zum. Di bahagian Find X2 Pro pula, anda boleh mengezum sejauh 60x kemudian diikuti P30 Pro dengan 50x

Berikut adalah spesfikasi teknikal ketiga-tiga telefon yang menyertai perbandingan kali ini.

Antara yang menarik dalam kalangan tiga telefon ini ialah:

  • Cuma Find X2 Pro tidak miliki konfigurasi kuadkamera belakang.
  • Untuk telefon yang ada empat kamera belakang, kamera keempat untuk Galaxy S20 Ultra dan P30 Pro cumalah kamera bokeh.
  • Galaxy S20 Ultra ada sensor dengan megapiksel tertinggi iaitu 108MP.
  • Find X2 Pro ada kamera ultralebar paling tinggi megapikselnya diikuti Huawei dan Samsung
  • Untuk kamera telefoto, Galaxy S20 ultra ada kamera bermegapiksel tertinggi diikuti Find X2 Pro dan P30 Pro.
  • Dua daripada tiga telefon ini ada kamera selfie 32MP dan hanya Galaxy S20 Ultra ada kamera selfie 40MP

Beberapa kategori gambar yang saya uji ialah seperti:

  1. Zum
  2. Zum bulan
  3. Potret
  4. Selfie
  5. Biasa

Zum

Zum Maksimum

Hanya Galaxy S20 Ultra mampu mencapai 100x zum manakala Find X2 Pro 60x manakala P30 Pro 50x zum.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

60x Zum

Huawei P30 Pro tidak menyertai kategori ini sebab ia cuma boleh megezum sehingga 50 kali sahaja.

Boleh saya simpulkan yang hasil daripada Oppo sudah kabur berbanding Samsung. Di Galaxy S20 Ultra, gambarnya masih tajam, walaupun menampakkan pixelation.

  • Oppo X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra

50x Zum

Ini adalah zum maksimum bagi P30 Pro. Tapi hasilnya paling kabur berbanding Oppo manakala S20 Ultra masih kekal tajam diikuti dengan Find X2 Pro.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

30x Zum

Di tahap 30, S20 Ultra telah jadi semakin tajam dan jelas sedangkan dua pesaingnya yang lain masih kabur. Exposure pada S20 Ultra juga adalah yang terbaik. Oppo dan Huawei seperti sedikit underexposed.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

10x zum

Huawei P30 mula menyerlah pada jarak ini. Kontras gambar Huawei nyata lebih baik berbanding S20 Ultra dan Fins X2 Pro. Pada sudut dedahan, Oppo dan Samsung berada di paras yang sama.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

5x zum

Samsung tewas dalam kategori ini sebab ia tak mendedahkan kren dengan betul malah dynamic range yang dipamerkannya agak lemah. Huawei adalah yang terbaik, diikuti dengan Oppo Find X2.

Saya juga perasan yang warna di gambar hasilan Oppo dah semakin pekat.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

2x Zum

Huawei P30 Pro harus terima pujian sebab setakat julat ini, di amasih kekalkan white balance sejak daripada pengezuman maksimum. Berbeza pula dengan Find X2 Pro yang dah mula bermain dengan HDR dan jadikan gambar nampak fake.

Galaxy S20 Ultra pula berada di tengah-tengah, tak terlalu menonjol dan tak terlalu kurang kontras.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

1x zum

Ini adalah gambar pada jarak 1 kali zum. Kamera 108MP S20 Ultra nampak macam tiada bezanya dengan yang lain. Dynamic range juga tak berapa baik jika dibandingkan dengan Huawei.

Kesan HDR pada Oppo agak ketara hingga boleh nampak kesan ghosting pada pinggir pokok. Tapi tentu ramai pengguna yang sukakan hasil Oppo sebab tak perlu disunting lagi.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

Ultralebar

Untuk kamera ultralebar, Oppo masih kekal yang paling pekat dalam kalangan tiga telefon. Tapi kesan HDR Huawei lebih menarik sebab tak terlalu ketara. Kalau anda nak gambar yang menghampiri dunia nyata, Samsung adalah pilihan yang baik.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

Bulan

  • OPPO Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

Dalam kalangan telefon yang saya uji ini, hanya Galaxy S20 Ultra tidak mengesan yang saya sedang mengambil gambar bulan. Dua telefon lain ada memaparkan perkataan bulan sebagai scene yang cuba ditangkap.

Semuanya hasilkan gambar sebesar 12MP 4:3 tapi kalau ingin dikongsikan di medsos, saya akan pilih Huawei P30 Pro. Bukan sebab dia ada mode khas untuk bulan, tapi hasil gambarnya jauh meninggalkan flagship yang lebih baharu ini.

Lebih baik daripada segi ketajaman dan dedahan.

Galaxy S20 Ultra, walaupun saya dah matikan fungsi scene optimizer dan HDR, ia masih gagal menangkap butiran bulan. Hasil yang sama ditunjukkan bila saya zum keluar ke 60x untuk dibangdingkan dengan Oppo Find X2 Pro.

Potret

Sejurus tengok set gambar ini, saya agak terkejut dengan hasil gambar potret daripada Huawei. Entah kenama warnanya terlalu pekat. Setelah cuba berulang-ulang kali, tetapi gambarnya sama.

Sudahlah terlalu kontras, butiran di bebayang hilang terus terutama pada bahagian rambut.

Untuk S20 Ultra dan Find X2 Pro, exposure mereka adalah baik. Namun, kesan bokeh S20 Ultra sedikit gagal iaitu di bahagian bawah tempat jaring-jaring besi. Ia gagal memisahkan background dengan foreground.

Untuk Potret, X2 Pro adalah yang paling baik untuk set gambar ini.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

Selfie

Find X2 Pro dan P30 Pro masing-masing ada fungsi selfie+potret manakala Galaxy S20 Ultra tiada. Maka, tiada kesan bokeh pada sampel selfie Samsung.

  • Oppo Find X2 Pro
  • Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

Semasa gambar ini diambil, cahaya latarnya agak terang dan ia boleh dilihat pada hasil gambar sekiranya fungsi HDR dimatikan.

Kalau tiada HDR, latar belakang akan overexposed untuk berikan exposure yang baik pada subjek

Semua kamera cantik gambar selfienya. Huawei dan Oppo ada beautify terpasang pada tetapan default tapi boleh dimatikan.

Kalau perlu memilih, saya sukakan P30 Pro sebab, walaupun kualiti adalah setara dengan Galaxy S20 Ultra, P30 Pro ada fungsi bileh tambahan.

Biasa

Gambar ini diambil dalam pencahayaan yang cukup menggunakan kamera utama telefon, dalam mode automatik. Ada beberapa perkara yang boleh anda nampak.

Yang pertama ialah dynamik range Oppo Find X2 Pro nyata lebih luas berbanding dua pesaingnya. Kemudian, di belah Galaxy S20 Ultra dan P30 Pro, saya boleh katakan julat mereka hampir sama luas.

Sebab yang katakan demikian ialah, S20 Ultra ada exposure yang baik pada bebayang (pokok) tapi kehilangan butiran pada highlight (langit) sebaliknya P30 Pro ada exposure yang baik pada hightlight (langit) namun kehilangan butiran pada bebayang (pokok).

  • Oppo Find X2 Pro
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Huawei P30 Pro

Kesimpulan

Sebagai pengguna biasa, keupayaan untuk mengezum ultrajauh bukanlah unique selling point untuk sesebuah telefon pinter. Lihat sajalah pada kualiti gambar yang terhasil, bermula 30 kali zum hingga 100 kali zum, semuanya patut pun berada di medsos.

Tapi hibrid zoom lain pula ceritanya. Walaupun Galaxy S20 Ultra dilapor ada zum optikal 4x, tapi hasil zum hibrid 10x telefon ini agak kemas, tidak terkecuali dengan dua lagi telefon yang saya uji dalam artikel ini.

Find X2 Pro lebih gemar mempertingkat kepekatan warna, sama seperti masalah P20 Pro ketika baru-baru dilancarkan dulu. P30 Pro pula lebih konservatif bersama-sama Galaxy S20 Ultra.

Kemudian, kategori gambar bulan. Hanya P30 Pro ada mode khas untuk kategori ini. Ia nyata lebih baik berbanding dua pesaingnya. Hasilnya, gambar daripada P30 Pro nyata lebih baik tapi tidaklah sebaik kamera dedikasi,

Tidak diketahui kenapa hasil P30 Pro sangat kontras dan pekat. Galaxy S20 Ultra dan Find X2 Pro miliki keupayaan potret yang cemerlang, cumanya bokeh Galaxy S20 Ultra agak keterlaluan. Cerita yang sama boleh dilihat pada hasil gambar selfie.

Dalam kalangan telefon ini, semuanya hasilkan gambar yang baik dan sedia dikongsikan ke medsos kecuali kategori. Cumanya jualt dinamik Find X2 Pro agak luas yang diterjemah kepada imbangan bebayang dan highlight yang lebih baik.

Apa pendapat anda tentang perbandingan ini? Turutkan komen anda dalam ruangan yang disediakan.

Tags: HuaweiHuawei P30 ProoppoOppo Find X2 ProsamsungSamsung Galaxy S20 Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pertembungan Zum: Galaxy S20 Ultra vs. Find X2 Pro vs. P30 Pro

Pertembungan Zum: Galaxy S20 Ultra vs. Find X2 Pro vs. P30 Pro

8 April 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER