• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Lancar 3 Aksesori Untuk Rungkai Masalah Bateri Telefon Anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:15 pm
  • 10/04/2020
  • Komen
Huawei Lancar 3 Aksesori Untuk Rungkai Masalah Bateri Telefon Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Pengecasan wayarles kini jadi satu standard dalam telefon pintar terutamanya dalam kelas flagship. Tapi ia masih belum boleh menggantikan pengecasan konvesional berwayar yang lebih utuh dan cekap.

Tapi, dua produk pengecasan wayarles ini miliki spesifikasi yang agak menarik.



Huawei Supercharge Wireless Charger Stand

Pengecas wayarles jenis penyangga Huawei ini tentu sekali lebih baik daripada jenis pelapik yang telah mereka lancarkan dahulu. Bukan saja pada sudut rekaan, malah kegunaan juga.

Kini, anda boleh berinteraksi dengan telefon walaupun semasa mengecas kerana semasa dicas, telefon disandarkan pada sudut 60 darjah dan bukan lagi terbaring seperti dulu.



Bagusnya pengecas ini adalah ia boleh mengecas telefon sama ada dalam keadaan menegak ataupun melintang. Ia hasil dariapda penggunaan rekaan dwigelung yang memperluas cakupan pengecasan.

Bagi menguruskan haba yang terhasil semasa mengecas, Huawei mengguna pakai rekaan penyejukkan menegak. Terdapat sebuah kipas penyejuk akan menyedut udara daripada bahagian dasar unit dan menghembuskannya naik ke atas.

Kipas ini cukup pintar untuk menyesuaikan halaju putaran dengan keadaan persekitaran. Contohnya, jika ia mengesan anda mengecas di waktu malam, pengoperasiannya akan lebih senyap untuk elak tidur anda terganggu.

Tiada maklumat harga diterbitkan Huawei setakat ini, tapi untuk perspektif, pengecas wayarles jenis pad yang dilancarkan bersama Mate 30 Pro tempoh hari dijual pada harga RM299.

Pegecas ini menyokong output sehingga 40W. Maka, ia boleh digunakan oleh banyak telefon termasuklah P40 Pro yang menyokng pengecasan wayarles antara yang terpantas ketika ini. Pengguna P40 pula perlukan aksesori tambahan yang kebetulan adalah produk terbaru yang dilancarkan Huawei bersama-sama pegecas wayarles ini.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Huawei P40 Wireless Charging Case

Huawei P40 versi asas tidak didatangkan dengan pengecasan wayarles, tidak seperti saudara besar P40 Pro dan P40 Pro+ yang masing-masing menyokong pengecasan pantas wayarles 27W dan 40W.

Tapi, Huawei ada penyelesaian untuk masalah itu dan ia hadir dalam bentuk casing. Ia bukanlah seperti Smart Battery Case iPhone sebab ia tiada bateri tambahan sebaliknya hanya memberikan fungsi pengecasan wayalres 22.5W kepada Hauwei P40.

Menurut laman rasmi produk, ada dua pilihan warna untuk anda dapatkan, satu biru gelap dan satu lagi warna putih.

Bagusnya sekiranya anda gunakan casing seperti ini adalah, anda masih beroleh akses port USB-C untuk kegunaan lain seperti perpindahan data kepada komputer ataupun audio.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Huawei Superfast 65W Gan Charger

Sungguhpun tidak termasuk dalam kategori pengecasan wayarles, produk berkaitan bateri ini tak boleh dipandang remeh. Ini adalah pengecas berasaskan Gallium Nitride (GaN) pertama Huawei.

Ia mampu bekerja sekuasa 62W menerusi badannya yang kompak itu. Anda boleh mengalirkan tenaga keluar melalui 1 port USB-C dan 1 port USB-A. Produk ini menyokong protocol USB-PD tapi tidaklah diketahui perkadaran kuasa yang dipam keluarnya.

Anda boleh jangkakan lebih banyak pengecasan berasaskan (GaN) akan dikeluarkan masa ini kerana manfaat yang diberikannya berbanding materi silikon yang telah digunakan sekian lama.

Materi GaN boleh menahan suhu yang tinggi dan mampu mengalirkan lebih banyak kuasa berbanding silikon. Komposisi kimianya turut membolehkan produk pengecas direka dalam pakej yang lebih kompak yang diterjemah kepada tahap mobility yang lebih tinggi.

Pengecas Huawei ini dijual pada harga RMB249 (RM151) dan dijangka menemui peminatnya penghujung Mei 2020.

Tags: bateriHuawei
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Lancar 3 Aksesori Untuk Rungkai Masalah Bateri Telefon Anda

Huawei Lancar 3 Aksesori Untuk Rungkai Masalah Bateri Telefon Anda

10 April 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER