• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peniaga ditipu RM 24,000, beli 400 kotak topeng muka di Whatsapp

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:57 am
  • 10/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Gara-gara mahu membeli 400 kotak topeng muka (penutup hidung dan mulut), seorang wanita di Kuantan kerugian RM24,000 selepas ditipu oleh penjual barang berkenaan di aplikasi mesej Whastapp.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata, mangsa seorang wanita berusia 31 tahun, membeli topeng muka berkenaan menerusi satu kumpulan Whatsapp, dan telah berurusan dengan seorang lelaki.



Mangsa seorang peniaga, telah membuat pembayaran deposit sebanyak RM12,500 pada 24 Mac 2020. Dia kemudian melunaskan baki pembelian (RM 8,800) empat hari kemudian. Selepas melakukan pembayaran penuh penjual memaklumkan bahawa topeng muka yang ditempahnya akan sampai dalam tempoh tiga hari.

Walau bagaimanapun, sehingga 7 April 2020, topeng muka yang dijanjikan masih tidak diterima oleh mangsa. Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading, Kuantan pada 8 Mac 2020.



Dalam kes berbeza, seorang peniaga kedai makan di Temerloh kerugian RM 12, 685 yang juga diperdaya menerusi aplikasi Whatsapp. Mangsa seorang wanita berusia 20 tahun, telah dimaklumkan pada 7 April 2020 bahawa, dia terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah bernilai RM 12,000

Mangsa kemudian diminta untuk menghubungi seorang lelaki untuk menebus wang tersebut. Dia juga kemudian mendapat satu mesej whatsapp dari seorang lelaki lain yang mendakwa dirinya dari sebuah bank di Kuala Lumpur.

Lelaki berkenaan meminta mangsa membuat pengesahan bank di mesin ATM berdekatan. Mangsa yang telah pergi ke sebuah bank di Mentakab, telah diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM 12, 685 dan dijanjikan akan menerima wang itu kembali bersama wang cabutan bertuahnya.

Mangsa telah membuat 9 transaksi pembayaran ke dalam sebuah akaun. Mangsa merasa seperti ditipu selepas diminta untuk membuat pembayaran lagi. Dia kemudian membuat laporan polis.

Kes penipuan (scam) dalam talian bukan sesuatu yang baru. Namun, ramai yang masih terpedaya. Tambahan pula, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hati-hati bila membeli dalam talian, semak kesahihannya dulu.

Sumber: Malay Mail

Tags: COVID-19SCAMwhatsapp
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025

Peniaga ditipu RM 24,000, beli 400 kotak topeng muka di Whatsapp

10 April 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER