Duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak bermakna hidup kita membosankan. Walaupun ia dilanjutkan sehingga 28 April 2020, sebenarnya banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan.
Sepanjang PKP ini kita boleh mencuba beberapa aktiviti yang mungkin belum diterokai secara mendalam. Sebagai contoh bergambar. Ia antara aktiviti yang mudah kerana kebanyakan kita mempunyai telefon pintar.
Banyak tips dan muslihat dikongsi di Youtube dan laman web, yang boleh digunapakai untuk mendapatkan hasil gambar mengagumkan. Ini merupakan antara cara mengambil gambar yang boleh dicuba semasa di rumah:
- Warnakan lensa
- Anda hanya memerlukan pembalut plastik dan marker pen. (Warna ikut kreativiti anda). Balut telefon dan warnakan bahagian lensa.
- Guna paket pembungkus keropok
- Caranya potong bahagian atas dan bawa paket pembungkus, kembangkan dan ambil gambar dari lubang pembungkus. Hidupkan flash dan fokus ke bahagian muka.
- Bergambar celah langsir
- Cara ini mudah, cuma lebarkan langsir dan berdiri di celah antara pintu atau tingkap. Kemudian tangkap gambar.
- Dalam kain
- Berada dalam kain boleh hasilkan gambar kreatif. Cuma perlukan kain yang cukup untuk mentup kepala dan badan serta pencahayaan seperti lampu meja.
- Efek bayang pada wajah
- Cara ini memerlukan pencahayaan tambahan, lebih mudah cahaya matahari. Boleh dilakukan di balkoni atau beranda, Cuma perlu barang berongga seperti jaring, bakul atau kain jarang bersulam. Letakkannya menghalang pancaran cahaya dan anda akan dapat kesan bayang pada foto.
- Gambar balik cermin
- Cara mendapatkan foto ini cuma perlu pintu cermin atau bingkai gambar. Semburkan air dan tangkap gambar anda di belakang cermin.
Ini merupakan sebahagian daripada banyak lagi teknik bergambar di rumah. Tidak sukar tetapi, ada juga memerlukan pembantu dan bahan tambahan.
Untuk menghasilkan gambar yang cantik, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan;
- Kenali sudut wajah atau badan yang menampakkan anda kurus.
- Ambil gambar swafoto dari atas untuk mata bundar dan dari bawah untuk bibir kelihatan lebih tebal
- Manfaatkan waktu emas pencahayaan (selepas matahari terbit dan sebelum ia terbenam).
- Tambah pencahayaan (lampu meja atau flash) jika perlu.
- Gunakan kad atau kertas putih untuk pantulkan pencahayaan ke arah muka.
Untuk bergambar, perkara paling utama ialah, perlu berani mencuba dan kreatif. Gunakan apa sahaja barang yang ada di rumah untuk menjadikan gambar lebih menarik.
Dengan hobi bergambar anda juga berpeluang untuk memenagi hadiah. Oppo mengadakan cabaran fotografi, Home Creative Explorer. Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 13 tahun ke atas, cabaran yang berlangsung dari 2 hingga 19 April 2020. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook Oppo.
Sumber: Oppo, Youtube Five Minutes Craft, T-Studio, Phicsion