• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM perkenal StayAlert.my, hub maklumat sahih wabak COVID-19 dan PKP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:51 pm
  • 13/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) melaksanakan satu lagi inisiatif, dalam usaha menyampaikan maklumat sahih kepada orang menerusi pembangunan laman web, StayAlert.my.

Laman web ini merupakan hub maklumat, untuk mendapatkan berita dan perkembangan terkini berkaitan penularan wabak COVID-19 serta pengumuman penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin, Stayalert.my menghimpunkan maklumat yang telah disahkan dari sumber yang diyakini. Sumber yang dimuatkan dalam laman web ini juga diperoleh daripada kementerian dan agensi Kerajaan utama yang terlibat secara langsung dalam mengekang pandemik COVID-19 termasuk, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Nasional (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara kandungan yang boleh diperoleh daripada laman web ini:



  • Maklumat terkini: peta dan statistik berkaitan jumlah kes-kes COVID-19 yang dikemaskini termasuk mengikut kawasan di dalam negara.
  • Berita Terkini: perkongsian berita berkaitan COVID-19 dari sumber media seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), The Star, Malay Mail, New Straits Times (NST) dan lain-lain.
  • Sumber penting: senarai talian penting termasuk hospital yang telah dikhususkan untuk COVID-19 daripada KKM, pautan ke portal Sebenarnya.my serta saluran Telegram MKN
  • Peringatan dan kemaskini: kemaskini tentang apa yang berlaku di media sosial termasuk peringatan daripada Kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat antaranya KKM, MKN dan KKMM.

Sebagai insiatif tambahan, TM turut mengecualikan semua caj panggilan untuk talian penting dan kecemasan COVID-19. Antaranya, talian Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), cawangan-cawangan KKM di negeri-negeri, hospital terlibat membuat saringan dan kemasukan COVID-19 serta talian hotline MKN.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web, StayAlert.my.

Sementara itu, TM turut memaklumkan, setakat ini pihaknya telah menyumbang hampir RM5.5 juta dalam bentuk bantuan bekalan perubatan dan bukan perubatan kepada mereka yang memerlukan, sebagai sokongan dalam usaha membendung wabak COVID-19.

Semasa tempoh PKP juga TM, menawarkan pelan data unifi Mobile yang lebih fleksibel dengan pas hotspot LTE percuma sebanyak 999GB untuk pengguna pascabayar unifi Mobile dan pas data 7 hari tanpa had untuk pelanggan prabayar unifi Mobile #BEBAS. Pelanggan unifi TV juga diberikan akses percuma kepada kesemua saluran di unifi TV, termasuklah saluran premium dan unifi PlayTV serta diskaun 20 peratus untuk semua filem Video-on-Demand (VOD) dalam kategori HyppFlicks Plus.

Tags: COVID-19stayalert.myTM
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

TM perkenal StayAlert.my, hub maklumat sahih wabak COVID-19 dan PKP

13 April 2020
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN