• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM lanjutkan semua inisiatif PKP di Unifi Broadband dan Unifi Mobile

  • OLEH Najib
  • 7:57 pm
  • 01/04/2020
  • Komen
TM lanjutkan semua inisiatif PKP di Unifi Broadband dan Unifi Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia menyatakan sokongan berterusan terhadapan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, yang diumum Perdana Menteri bagi membantu rakyat di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Sehubungan itu, TM melanjutkan lagi semua inisiatif yang diberikan kepada pengguna dari 18 Mac, sehingga tamat PKP pada 14 April 2020.

Inisiatif tersebut adalah:



Semua saluran Unifi TV percuma di rumah dan Unifi PlayTV

Pelanggan Unifi boleh menonton semua saluran di set-top-box (STB) Unifi TV atau di aplikasi Unifi PlayTV secara percuma. Manakala filem Video-On-Demand (VOD) pula diberi diskaun 20%

Pas Hotspot 4G LTE 999GB untuk pascabayar Unifi Mobile

Pengguna pascabayar Unifi Mobile diberi kuota hotspot 4G LTE sebanyak 999GB berbanding asalnya hanya 10GB.



Pas #BEBAS Weekly percuma bagi prabayar Unifi Mobile

Pas #BEBAS Weekly ini bernilai RM20 untuk 7 hari, memberikan penggunaan data 4G LTE tanpa had, termasuk berkongsi hotspot.

Semua pengguna Unifi Broadband dan Unifi Mobile diberikan panggilan percuma ke hotline penting dan nombor-nombor kecemasan, termasuk panggilan ke CPRC, cawangan KKM di negeri-negeri, hospital-hospital yang melakukan saringan dan menerima pesakit COVID-19, serta hotline PKP. Langkah ini diambil bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses percuma dan maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara penting berkaitan COVID-19.

Bagi memastikan rangkaian Unifi sentiasa bersedia, TM telah menggerakkan Pasukan Rangkaian TM 24/7 untuk memastikan pengguna kekal berhubung. TM juga mewujudkan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) baharu untuk Kementerian Kesihatan (KKM) dalam masa sehari, dan ia dikendalikan oleh ejen-ejen pusat panggilan TM ONE bagi membantu pertanyaan yang memfokus kepada perkara-perkara melibatkan COVID-19 dan KKM.

Pengguna yang berhadapan masalah atau mahu bertanya lebih lanjut, masih boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di seluruh negara yang beroperasi dari 7.00 pagi hingga 9.00 malam, menerusi pusat panggilan TM di 100, Live Chat, Media Sosial dan e-mel.

Tags: Pakej Rangsangan EkonomiPerintah Kawalan PergerakanTMunifi homeUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
TM lanjutkan semua inisiatif PKP di Unifi Broadband dan Unifi Mobile

TM lanjutkan semua inisiatif PKP di Unifi Broadband dan Unifi Mobile

1 April 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER