• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Join boleh dilanggan di Malaysia, penonton boleh beri sokongan terus kepada pencipta kandungan

  • OLEH Najib
  • 11:53 am
  • 13/04/2020
  • Komen
YouTube Join boleh dilanggan di Malaysia, penonton boleh beri sokongan terus kepada pencipta kandungan
Share on FacebookShare on Twitter

Bagaimana caranya untuk YouTuber menjana pendapatan selain dari tontonan orang ramai? Jika anda ingin menyokong pembuat kandungan YouTube kegemaran anda, ia boleh dilakukan dengan menyumbang melalui Join.

Join di YouTube kini dilihat telah tiba di Malaysia di mana penonton YouTube boleh menyokong YouTuber kegemaran mereka dengan menjadi ahli di saluran YouTube tersebut, dengan sedikit bayaran bulanan. Dengan cara ini, pencipta kandungan boleh menerima pendapatan secara terus dari sumbangan penonton.



Apabila menjadi ahli, sudah pasti ada kelebihan yang dinikmati. Secara asas, ahli akan menerima lencana kesetiaan di samping nama di dalam ruangan komen. Ahli juga boleh menggunakan emoji khas yang disediakan saluran YouTube tersebut.

Lain-lain kelebihan boleh ditetapkan sendiri oleh saluran. Contohnya di saluran Linus Tech Tips, beliau memberikan kod diskaun untuk membeli cenderamata di kedai rasmi beliau. Ahli juga diberikan peluang untuk mengundi di dalam undian bulanan, tentang apakah kandungan yang patut beliau buat seterusnya.



Di saluran Marques Brownlee pula, beliau menyediakan video tambahan yang boleh ditonton khas oleh ahli berbayar sahaja. Beliau juga menyediakan strim secara langsung khas untuk ahli, serta kod promosi untuk membeli pelbagai produk dari rakan niaga beliau.

Dari dua saluran YouTube di atas, mereka hanya mempunyai satu kategori keahlian sahaja. Yuran keahlian hanyalah RM10/bulan dan ia akan dicaj berulang setiap bulan sehingga dihentikan sendiri oleh pengguna. Boleh rujuk ruangan soalan lazim (FAQ) Google tentang keahlian YouTube Join di sini.

YouTube Join ini adalah satu cara untuk pencipta kandungan YouTube menjana pendapatan tambahan. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan platform Patreon, yang menyediakan perkhidmatan hampir serupa dengan YouTube Join, tetapi hanya terdapat untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Terima kasih @JazliAziz atas makluman.

Tags: YouTubeYouTube Join
Najib

Najib

POPULAR

YouTube Join boleh dilanggan di Malaysia, penonton boleh beri sokongan terus kepada pencipta kandungan

YouTube Join boleh dilanggan di Malaysia, penonton boleh beri sokongan terus kepada pencipta kandungan

13 April 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN