• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Airbnb Online Experiences, platform interaktif sambil jana pendapatan dari rumah

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:40 pm
  • 16/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Airbnb memperkenalkan cara baharu buat pelanggannya berhubung, mengembara dan mempelajari sesuatu yang baharu secara maya selain, membuka peluang kepada hos menjana pendapatan hanya dari rumah menerusi platform interaktif, Online Experiences.

Dalam keadaan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, pengalaman dalam talian ini membolehkan hos menganjurkan pelbagai aktiviti rutin seperti bersenam, berkongsi kemahiran atau perkara yang mereka minat dan berhubung secara langsung dengan pelanggan dalam sidang video di aplikasi Zoom.



Membuka akses kepada 30 negara di seluruh dunia, hos juga boleh menggunakan aplikasi Zoom secara percuma bagi mengendalikan aktiviti mereka. Bagi yang berminat untuk menjadi hos di Airbnb Online Experiences boleh merujuk di sini.

Pelanggan boleh pergi ke laman web Airbnb untuk melihat senarai lebih 50 aktiviti maya dan harga setiap slot yang ditawarkan. Senarai aktiviti akan ditambah dari masa ke semasa.



Antara aktiviti yang ditawarkan:

  • Belajar rahsia silap mata
  • Bermeditasi dengan sami Buddha
  • Lawatan maya dengan anjing Chernobyl
  • Memasak dengan keluarga Maghribi
  • Membuat kopi dengan perasa kopi profesional
  • Belajar membuat pastri Sweden dengan Pembuat Roti dan Kek Profesional

Sementara itu, Airbnb turut menjalin kerjasama dengan organisasi warga emas tempatan di seluruh dunia, dengan memberikan akses percuma kepada mereka untuk belajar sesuatu yang baharu di platform ini. Antara organisasi terlibat adalah:

  • Majlis Penuaan Negara (NCOA)
  • Alpini
  • Amigos de los Mayores

Terdahulu, Airbnb telah menghentikan operasi tempahan dalam talian sehingga akhir April 2020 dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Airbnb Online Experiences boleh bantu hilangkan bosan dan kita juga boleh dapat kenalan baru selain berkongsi ilmu dengan mereka.

Tags: airbnbCOVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Airbnb Online Experiences, platform interaktif sambil jana pendapatan dari rumah

16 April 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN