• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Semak jenis iPhone anda, perlukah bertukar ke iPhone SE 2020?

  • OLEH Najib
  • 12:52 pm
  • 16/04/2020
  • Komen
Semak jenis iPhone anda, perlukah bertukar ke iPhone SE 2020?
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini membuat kejutan apabila memperkenalkan model terbaru mereka, iPhone SE 2020 ke pasaran. Seperti yang telah lama digembar-gemburkan, iPhone SE ini adalah telefon pintar yang menggunakan rekaan badan lama iaitu iPhone 8, tetapi diberi kuasa terkini cip A13 Bionic yang sama di iPhone 11 Pro Max.

Lebih menarik lagi adalah harga jualannya. iPhone SE 2020 boleh dibeli dari serendah RM1,999 dengan storan dalaman 64GB. Ia RM900 lebih murah dari iPhone XR 64GB, telefon termurah Apple yang boleh dibeli sebelum ini. Ia juga RM1,400 lebih murah dari iPhone 11 64GB, yang memiliki kuasa pemproses yang sama.



Tetapi anda sudah pun memiliki iPhone dan kini berhajat untuk bertukar ke iPhone SE 2020 baru. Adakah telefon ini sesuai untuk anda? Mari kita kaji bersama.

iPhone 11 Pro Max – 0% MESTI TUKAR

Tak payah tukar, tak ada kelebihan nak guna iPhone SE 2020 ni melainkan nak merasa skrin kecil dan prestasi berkurangan.

iPhone 11 Pro – 0% MESTI TUKAR

Tak payah tukar, alasan sama macam di atas

iPhone 11 – 0% MESTI TUKAR

Pun tak payah, tengok alasan pertama.

iPhone XS Max – 1% MESTI TUKAR

Siri XS ni lain sikit. Sebab iPhone SE 2020 ada cip lebih berkuasa A13 Bionic, banding dengan XS Max yang guna A12 Bionic. Tapi lain-lain perkara di XS Max ini jauh lebih perkasa dan bergaya dari SE 2020, jadi 99% tak payah tukar.

iPhone XS – 1% MESTI TUKAR

99% tak perlu tukar, alasan macam XS Max

iPhone XR – 20% MESTI TUKAR

Kamera sama tapi iPhone SE 2020 ada cip lebih berkuasa. XR ni ada cip A12 Bionic. Tapi 80% dicadangkan tak payah tukar, melainkan nak skrin kecil sangat dan prestasi hebat sedikit.

iPhone X – 30% MESTI TUKAR

Ini pun boleh dipertimbangkan sebab iPhone X guna cip 2 generasi belakang, A11 Bionic. Kamera belakang dan depan hampir serupa, dengan tambahan kamera ultra lebar di iPhone X. Kalau tak kisah turun taraf skrin OLED ke LCD, dan saiz skrin lebih kecil, maka boleh tukar ke iPhone SE 2020 dengan prestasi lebih tinggi. 70% dicadangkan tidak bertukar.

iPhone 8 Plus – 50% MESTI TUKAR

Dari sini, cadangan bertukar tu 50%. iPhone SE 2020 dibina dari platform iPhone 8, jadi untuk 8 Plus ni boleh kata banyak yang sama. Kamera pun hampir sama depan dan belakang, dengan 8 Plus ada tambahan kamera telefoto, selain skrin dan bateri lebih besar. Beza utamanya ialah, iPhone SE 2020 ada cip baru A13 Bionic yang jauh lebih berkuasa dari A11 Bionic di iPhone 8 dan 8 Plus.

Selain prestasi pemproses lebih pantas, iPhone SE 2020 ada ciri baharu seperti Gigabit LTE yang memberikan kelajuan talian mudah alih lebih pantas serta WiFi 6 juga untuk sambungan WiFi lebih pantas. Selain itu, iPhone SE 2020 juga menyokong dua sim, dalam bentuk 1 sim fizikal bersaiz nano dan satu lagi e-SIM.

Lain-lain perkara sama sahaja, macam kalis air dan debu IP67, sokongan pengecas pantas 18W tetapi dapat kepala pengecas 5W dan juga sokongan pengecasan wayarles.

iPhone 8 – 70% MESTI TUKAR

Kalau anda guna iPhone 8, maka anda memang patut sangatlah tukar ke iPhone SE 2020. Dengan bentuk badan yang sama, kamera dan bateri yang juga sama, tetapi iPhone SE 2020 ada prestasi jauh lebih tinggi.

Boleh baca sebabnya di iPhone 8 Plus. 70% mesti tukar, kalau ada bajet.

iPhone 7 Plus – 80% MESTI TUKAR

Dengan cip 3 generasi ke belakang, anda memang patut bertukar dari iPhone 7 Plus ke iPhone SE 2020. Memang skrin 7 Plus lebih besar tetapi ciri-ciri skrin ni sama sahaja. Ia Retina HD dari jenis LCD. Kamera ada kelebihan lensa telefoto, tetapi 7 Plus tak ada fungsi potret dan rakaman audio stereo.

Lagi kelebihan cip A13 Bionic di SE 2020 yang tak ada di 7 Plus ni macam Gigabit LTE, WiFi 6, Bluetooth 5.0 dan dwi-sim (nano + e-SIM). Lebih penting lagi, 7 plus tak menyokong pengecasan pantas 18W dan tiada pengecasan wayarles. Tapi masih kalis air dan debu IP67. Banyak betul beza.

80% mesti tukar ke iPhone SE 2020, kalau ada bajet dan boleh tahan guna skrin kecil.

iPhone 7 – 90% MESTI TUKAR

Saiz skrin sama, bateri sama, kamera pun sama. Tetapi banyak perkara jauh ketinggalan berbanding iPhone SE 2020. Alasan sama degnan iPhone 7 Plus. 90% mesti tukar.

iPhone 6s Plus – 90% MESTI TUKAR

Nak banding prestasi cip A9 di 6s Plus dengan A13 Bionic di SE 2020 memang langit dan bumi bezanya. Kamera pun ketinggalan, banyak fungsi tak ada. Macam tak ada pengecas pantas, tak ada pengecas wayarles, tak ada speaker stereo, tak kalis air, tak ada dwi-sim,

Kelebihan dia, skrin besar dan masih ada jek audio. 3-4 kali fikir, 90% mesti tukar. Kalau dah sedia bajet.

iPhone 6s – 99% MESTI TUKAR

Tak payah cerita banyak, 95% mesti tukar kalau masih nak merasa iOS 14 yang akan dilancarkan tahun ni. Ciri-ciri lain yang ketinggalan boleh rujuk 6s Plus di atas. 99% mesti tukar.

iPhone 6 Plus – 100% MESTI TUKAR

Kemaskini iOS 13 pun tak dapat, ciri-ciri jauh ketinggalan. Tak perlu fikir lagi, 100% mesti tukar. Skrin besar pun dah boleh rasa kelembapannya.

iPhone 6 – 100% MESTI TUKAR

100% MESTI TUKAR

iPhone SE Gen1 – 100% MESTI TUKAR

100% MESTI TUKAR

Tags: appleiPhone SE 2020
Najib

Najib

POPULAR

Semak jenis iPhone anda, perlukah bertukar ke iPhone SE 2020?

Semak jenis iPhone anda, perlukah bertukar ke iPhone SE 2020?

16 April 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER