• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 30 Pro+: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:01 pm
  • 17/04/2020
  • Komen
Honor 30 Pro+: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah umumkan flagship terbaru mereka dalam siri Honor 30. Ia terdiri daripada tiga model semuanya iaitu Honor 30, Honor 30 Pro, dan Honor 30 Pro+. Melihat pada tatacara penamaah produk ini, ia selari dengan tatacara yang digunakan Huawei siri P40 sekarang. Maka, tak salah juga untuk katakan yang spesifikasi antara mereka berada sama taraf antara satu sama lain.

Honor 30 Pro+

Model ini adalah yang paling berkuasa dalam siri Honor 30.



Honor 30 Pro Plus menampilkan konfigurasi trikamera belakang dan dwikamera depan. Bezanya dengan saudara Huawei P40 Pro+ adalah ketiadaan kamera 3D ToF dan penggunaan sensor lebih rendah bilangan megapikselnya.

Untuk kamera belakang, ia ada kamera 50MP, 16MP (ultralebar), dan 8MP (telefoto 5x optikal). Swafoto dilunaskan dengan dwikamera depan yang masing-masing ada sensor 32MP dan 8MP (ultralebar).



Honor 30 Pro+ diperkasa Kirin 990 5G dan Cuma ada satu varian saja dijual iaitu yang miliki kombinasi RAM dan storan, 8GB dan 256GB.

Semua produk Honor 30 ini tidak menggayakan paparan ber-refresh rate tinggi, sebaliknya tetap menggunakan panel OLED. Untuk model Honor 30 Pro+, ia ada panel 6.57” beresolusi FHD+.

Dalam jabatan audio, Honor nyata menewaskan Huawei kerana telefon mereka dilengkapi speaker stereo sebenar, kiri dan kanan.

Membekalkan bateri kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,000mAH yang menyokong pengecasan pantas 40W serta pengecasan wayarles 27W.

Honor 30 Pro

Menelusuri hierarki Honor 30 ini adalah Honor 30 Pro tanpa “Plus”. Ia mewarisi semua komponen model yang paling berkuasa kecuali pada beberapa tempat. Contohnya, kamera utama telefon ini menggunakan sensor 40MP dan ia tak boleh dicas secara wayarles.

Namun, lain-lain konfigrasi adalah sama seperti saiz paparan, SoC, kamera belakang ultralebar dan telefoto, kamera depan, kapasiti bateri, dan lain-lain.

Honor 30 Pro ada kelebihan pada kombinasi RAM dan storan. Pengguna boleh dapatkan model ini dalam dua variasi iaitu 8+28 dan 8+256.

Honor 30

Ahli yang terakhir ini adalah veris bajet dan mampu milik. Honor 30 miliki sedikit kecil berbanding dua saudara terdahulunya. Ia diberikan panel 6.53” FHD+ daripada jenis OLED.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Kirin 985 dan tak menyokong rangkaian 5G. Ada tiga konfigurasi RAM+storan boleh didapati iaitu 6+128, 8+128, dan 8+256.

Di jabatan pengimejan, telefon ini menggayakan kuadkamera belakang dan ekakamera depan. Spesifikasi kamera belakang adalah seperit berikut; 40MP, 8MP (ultralebar), 8MP (telefoto), dan 2MP (makro). Kamera 32MP yang sama digunakan pada versi Pro dan Pro Plus hadir pada telefon ini.

Sungguhpun miliki bateri 4,000 dan menyokong pengecasan pantas, ia tidak menyokong pengecasan wireless 27W seperti saudaranya dan satu lagi kekurangannya ialah ketiadaan speaker stereo.

Harga

Produk ini buat masa sekarang boleh didapati dalam pasaran China sahaja dan akan mula dijual dalam bulan April 2020 pada harga seperti berikut:

  • Honor 30 – 6+128 – RMB2,999 (~RM1,843)
  • Honor 30 – 8+128 – RMB3,199 (~RM1,966)
  • Honor 30 – 8+256 – RMB3,499 (~RM2,151)
  • Honor 30 Pro – 8+128 – RMB3,999 (~RM2,457)
  • Honor 30 Pro – 8+256 – RMB4,399 (~RM2,704)
  • Honor 30 Pro+ – 8+256 – RMB4,999 (~RM3,082)
Tags: honorHonor 30honor 30 prohonor 30 pro plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Honor 30 Pro+: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

Honor 30 Pro+: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

17 April 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER