• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone SE (2020) Miliki Kapasiti Bateri Sekitar Flagship 2012

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:38 am
  • 17/04/2020
  • Komen
iPhone SE (2020) Miliki Kapasiti Bateri Sekitar Flagship 2012
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah lancarkan iPhone SE untuk jadi telefon termurah mereka dalam tahun 2020. Pada harga bermula RM1,999 telefon ini disasarkan kepada pengguna iPhone 8 dan kebawah disebabkan fizikalitinya yang sama tapi miliki bahagian dalam sekuasa keluarga iPhone 11.

Kalau dah nama termurah, sudah tentu banyak benda yang perlu ditokak untuk kekalkan kos pengeluaran yang optimum. Selain rupa fizikalnya, belah dalam pun ada kalau anda nak tahu.



Tradisionalnya, Apple memang tak pernah dedahkan kapasiti RAM dan bateri yang terkandung pada iPhone. Mereka lebih gemar bermain dengan ukuran relatif seperti “hayat bateri lebih lama daripada iPhone sedia ada”. Namun, semasa lakukan pendaftaran untuk lesen penjualan, maklumat ini masih kena diberikan kepada pihak berkuasa.

Di China, iPhone SE (2020) ini dilaporkan miliki RAM sebesar 3GB dan bateri sebesar 1,821mAh. Berdasarkan maklumat ini, saya boleh simpulkan yang telefon ini mungkin miliki bateri terkecil, bukan saja dalam keluarga iPhone, malah dalam pasaran telefon pintar 2020.



  • Kapasiti RAM
  • Kapasiti bateri

Untuk perbandingan, keluarga iPhone 11 mereka miliki bateri berkapasiti bermula 3,046mAh. Pada 1,821mAh, ia berada disekitar Samsung Galaxy S II yang dilancarkan dalam tahun 2012 (8 tahun dulu).

iPhone 11 Miliki Bateri Antara Yang Terkecil Dalam Kelas Flagship

Tapi, tidak memelikkan kenapa iPhone tak perlukan bateri gedabak. Hal ini kerana, produk ini daripada hujung ke pangkal adalah sebuah produk yang dioptimumkan pada tahap tertinggi. Anda boleh jangkakan penggunaan tenaga yang supercekap pada iPhone, walaupun dengan kapasiti bateri kerdil seperti ini.

Tags: appleapple iphoneapple iphone seapple iphone se 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
iPhone SE (2020) Miliki Kapasiti Bateri Sekitar Flagship 2012

iPhone SE (2020) Miliki Kapasiti Bateri Sekitar Flagship 2012

17 April 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN