• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh bina sendiri dan miliki Ducati Panigale V4 R keluaran Lego Technic

  • OLEH Najib
  • 1:32 pm
  • 20/04/2020
  • Komen
Anda boleh bina sendiri dan miliki Ducati Panigale V4 R keluaran  Lego Technic
Share on FacebookShare on Twitter

Lego kini bekerjasama dengan Ducati untuk menghasilkan salah satu superbike ikonik keluaran Ducati, Panigale V4 R sebagai model di dalam Lego Technic. Ia menampilkan banyak ketelitian di dalam model kecil yang penuh teknikal ini

Model motorsikal yang dihasilkan oleh kejuruteraan Itali ini menampilkan kotak gear 2 kelajuan yang memacu enjin silinder V4. Ia turut didatangkan bersama suspension depan dan belakang, serta stand istimewanya, membolehkan ia diparkir untuk pameran.



Menariknya, ini pertama kali Lego Technic menampilkan model motorsikal dengan kotak gear yang membenarkan pembinanya “bergerak pada kelajuan berbeza”. Turut membantu ia membelah udara di jalan ialah pemegang realistik, serta brek cakera depan dan belakang.

Menjadikan model ini kelihatan lebih hidup ialah rekaan paip ekzos, cermin hadapan serta papan pemuka yang direka dengan penuh ketelitian. Warna merah klasik Ducati sudah pasti menjadikannya koleksi kegemaran peminat Ducati.



Dengan rekaan realistik ini, pelbagai tahap umur pelajar dan dewasa boleh menikmati dunia kejuruteraan Itali di dalam Ducati Panigale V4 R, terutama sekali bagaimana mekanisma gear dan enjin berfungsi.

LEGO Technic Ducati Panigale V4 R (42107) ini direka untuk peminat berumur 10 tahun dan ke atas. Ia akan mula dijual di laman web Lego.com pada 1 Jun 2020, pada harga USD59.99 (~RM262).

Sumber: Brickfinder

Tags: DucatiDucati Panigale V4 Rlego
Najib

Najib

POPULAR

Anda boleh bina sendiri dan miliki Ducati Panigale V4 R keluaran  Lego Technic

Anda boleh bina sendiri dan miliki Ducati Panigale V4 R keluaran Lego Technic

20 April 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN