• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YTL beri telefon pintar dan data setahun percuma untuk bantu keluarga B40

  • OLEH Najib
  • 3:47 pm
  • 20/04/2020
  • Komen
YTL beri telefon pintar dan data setahun percuma untuk bantu keluarga B40
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua orang diperintah untuk duduk di rumah dan tidak keluar. Kerana itu, semua kerja dan pembelajaran terpaksa di buat dari rumah. Tetapi bagaimana pula jika ada keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan pembelajaran dari rumah?

YTL Foundation sebelum ini telah melancarkan pemberian data percuma Yes 4G sebanyak 40GB untuk semua pelajar sekolah. Kini mereka meluaskan lagi bantuan dengan menghulurkan bantuan khusus buat keluarga B40, berupa telefon percuma dengan data 120GB selama setahun (10GB sebulan selama 12 bulan).



Mereka menyedari, bukan semua murid dapat menikmati pembelajaran dari rumah kerana ada dikalangan mereka yang tidak mampu untuk memiliki sebarang alat peranti. Kerana itu mereka meminta bantuan orang ramai untuk mencalonkan murid dari keluarga B40 untuk menerima bantuan istimewa ini.

Sebelum mencalonkan murid tersebut, YTL Foundation hanya memerlukan pengesahan bahawa keluarga murid tersebut dari keluarga B40. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan memberikan tangkap layar bantuan BSH COVID-19. Ia boleh diperolehi dengan melawat laman web BPN (Bantuan Prihatin Nasional), masukkan nombor kad pengenalan ibu bapa dan klik Semak.



Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan BPN ibubapa tersebut haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600. Ia menandakan isi keluarga mereka memiliki pendapatan di bawah RM4,000.

Seterusnya, permohonan bantuan YTL Foundation boleh di daftar di sini. Jika anda pencadang, anda perlu memberikan nombor MyKad anda, bersama nama dan nombor Mykad/MyKid murid, serta nama dan nombor MyKad ibu atau bapa murid. Seterusnya muat naik tangkap layar laman BPN yang menunjukkan status penerimaan.

Selepas disahkan, pencadang akan menerima emel pengesahan kelulusan. Seterusnya, ibu bapa murid pula akan diminta untuk mendaftar talian percuma 10GB sebulan, dalam masa 7 hari. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran terbaral dan tiada jaminan pencalonan kali kedua akan berjaya.

Selain 10GB data sebulan, talian ini turut datang percuma bersama panggilan suara ke semua talian sebanyak 60 minit. Ia juga turut hadir bersama panggilan dan SMS tanpa had ke talian Yes.

Jika anda mengenali mana-mana keluarga yang lulus BPN untuk kategori B40, segera cadangkan kepada YTL Foundation agar mereka menerima telefon pintar bersama data percuma ini untuk memudahkan urusan pembelajaran murid sekolah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web YTL Belajar Dari Rumah.

Sumber: YTL Foundation

Tags: Pakej Rangsangan Ekonomipkpyes 4gytl
Najib

Najib

POPULAR

YTL beri telefon pintar dan data setahun percuma untuk bantu keluarga B40

YTL beri telefon pintar dan data setahun percuma untuk bantu keluarga B40

20 April 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN