• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kotak televisyen mesra alam Samsung boleh diubah jadi rumah kucing

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:46 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
Kotak televisyen mesra alam Samsung boleh diubah jadi rumah kucing
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung memperkenalkan kotak pembungkus untuk produk televisyen yang mesra alam dan boleh digunakan semula secara kreatif untuk menghasilkan item kelengkapan rumah.

Ia juga merupakan salah satu usaha Samsung untuk mengurangkan kesan jejak karbon sekali gus, menggalakkan amalan kitar semula. Pengguna boleh menggunakan kotak pembungkusan mesra alam ini untuk menghasilkan pelbagai item antaranya rumah kucing, meja sudut atau rak majalah.



Kotak pembungkusan ini akan mula digunakan untuk siri The Serif, The Frame dan The Sero. Ia juga direka dengan cetakan dot matrix yang memudahkan pelanggan untuk membauat potongan bagi menghasilkan item kelengkapan rumah mereka.

Pihak Samsung juga menyediakan manual panduan untuk menghasilkan item-item kreatif. Pengguna hanya perlu mengesan kod QR di kotak berkenaan untuk akses ke manual tersebut.



Baru-baru ini, Samsung juga mengumumkan bahawa siri The Serif, The Frame dan The Sero akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, belum ada tarikh yang diumumkan berhubung ketibaan siri baharu ini di pasaran tempatan.

Sementara itu, Samsung juga telah memenangi Anugerah Inovasi CES 2020 menerusi konsep pembungkusan mesra alam dari penggunaan bahan yang efisien pada awal tahun 2020.

Sehubungan dengan penghasilan kotak mesra alam, Samsung bekerjasama dengan majalah gaya hidup Britain, Dezeen, menganjurkan pertandingan rekaan global bermula 6 April hingga 29 Mei 2020. Pemenang dengan rekaan produk kitar semula yang kreatif akan diberikan hadiah selain rekaan itu turut dimuatkan dalam manual Samsung.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Dezeen atau Instagram Samsung.

Jika kotak ini sudah tersedia di pasaran tempatan kelak, pembeli siri televisyen baharu Samsung tak perlulah buang kotak pembungkusan, manfaatkan dan jadikan ia sebagai bahan yang berguna di dalam rumah. Kalau nak lagi cantik boleh hias sendiri ikut kreativiti masing-masing.

Sumber: Samsung

Tags: kitar semulasamsung
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Kotak televisyen mesra alam Samsung boleh diubah jadi rumah kucing

Kotak televisyen mesra alam Samsung boleh diubah jadi rumah kucing

21 April 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN