• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP di Malaysia boleh ditamatkan jika selesai 6 perkara ini

  • OLEH Najib
  • 11:12 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
PKP di Malaysia boleh ditamatkan jika selesai 6 perkara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menggariskan 6 perkara yang perlu diselesaikan sebelum dapat membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan. Malaysia telah menguatkuasakan PKP pada setiap 2 minggu dan kini berada di fasa ketiga, dari 15 hingga 28 April 2020.

Menurut beliau, enam perkara tersebut ialah:



1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import

Jika sempadan dibuka, orang luar akan mula masuk ke Malaysia dan ia mungkin membawa semula virus tersebut. Sebagai contoh, seramai 68 pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia telah didapati positif COVID-19.

2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti org lain

Selagi mana semua orang boleh duduk di rumah, maka mereka tidak akan dijangkiti orang lain di luar.



3. Kemampuan sistem kesihatan kita (makmal dan wad)

Makmal kajian haruslah mampu membuat ujian yang mencukupi manakala wad perubatan serta unit penjagaan intensif (ICU) mestilah bersedia untuk menampung pesakit yang ramai. Standard pengesanan juga harus dipercepatkan dari 48 jam kepada 24 jam atau kurang.

4. Kemampuan kita melindungi golongan berisiko tinggi

Semua orang harus dilindungi termasuk orang kelainan upaya, orang tua serta pesakit kritikal, termasuk mereka yang menjalani pemulihan di hospital seperti kemoterapi.

5. Norma-norma baharu menjadi amalan hidup

Rakyat Malaysia harus menjadikan norma-norma baharu kehidupan sebagai standard selepas ini, seperti penjarakan sosial, membasuh tangan dengan kerap serta mengelakkan perjumpaan beramai-ramai

6. Kemampuan kita melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti

Satu kerangka harus dibentuk untuk semua orang bagi memastikan komuniti dapat bekerjasama dengan KKM dan pihak berkuasa terlibat, untuk memastikan virus ini tidak merebak semula.

“KKM belum pasti sama ada PKP akan ditamatkan atau dilanjutkan. Ia bergantung kepada data-data yang dikumpul oleh KKM. Tapi yang kita pasti ialah tiada perhimpunan ramai, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan, ” sambung beliau lagi.

Dr Noor Hisham hari ini turut disambut dengan meriah kerana hari lahir beliau jatuh pada hari ini. Rakyat Malaysia di seluruh negara turut menyambutnya dengan menghantar pelbagai ucapan kepada beliau menerusi media sosial.

The cutest birthday wish ever#HappyBirthdayDGHisham pic.twitter.com/tJu8wyZG3N

— SyiK 🎀 (@syikdabom) April 21, 2020

Wishing our badass S-Tier General @DGHisham a very happy birthday! Thank you for everything and much <3 pic.twitter.com/2HJF0Urqlg

— Ernest Ng Bro (@ernestngBRO) April 21, 2020

SELAMAT HARI LAHIR @DGHisham

Ketika ini, nama Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah semakin dikenali ramai sebagai watak penting negara dalam peranannya mengendalikan wabak #COVID19. #artortoiseMY @MyHEALTHKKM pic.twitter.com/tPOqqvAEyN

— Artortoise (@Artortoise_full) April 20, 2020
https://twitter.com/anahomylarrum/status/1252312764934062080

"The most special gift for me will be if Malaysians remain staying at home and observe high hygiene standards."

Happy Birthday to our national hero, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah! 🎉 All Malaysians love you and we're so proud that we have you 💞🇲🇾#HappyBirthdayDGHisham pic.twitter.com/rtp0jPzXlp

— GSC (@GSCinemas) April 21, 2020

#HappyBirthdayDGHisham

Kami dedikasikan video penghargaan ini buat @DGHisham dan pasukannya, serta @KKMPutrajaya atas segala usaha bersama barisan hadapan lain dalam misi #SihatkanMalaysia dan #HapusCOVID19#KitaMestiMenang ! pic.twitter.com/wqua4rgNkP

— Astro AWANI (@501Awani) April 20, 2020

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau.#HappyBirthdayDGHisham 🎂 pic.twitter.com/9kKLZx8OW7

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 21, 2020

Happy birthday hero @DGHisham! We pray this will be a memorable birthday for you and thank you for your hardwork. 🥳💪🏼 #HappyBirthdayDGHisham #SecretRecipeMY pic.twitter.com/0sbpAfzWGj

— Secret Recipe Malaysia (@secretrecipemy_) April 21, 2020

Sumber: Malay Mail

Tags: COVID-19Dr Noor HishamPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

PKP di Malaysia boleh ditamatkan jika selesai 6 perkara ini

PKP di Malaysia boleh ditamatkan jika selesai 6 perkara ini

21 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN