• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kadar Zakat Fitrah 1441H di Malaysia dan kaedah pembayaran semasa PKP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:50 pm
  • 22/04/2020
  • Komen
COVID-19: Solat Jumaat Diteruskan Tapi Diringkaskan Pada Beberapa Perkara
Share on FacebookShare on Twitter

Inisiatif pembayaran zakat fitrah secara dalam talian akan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) sepanjang Ramadan bagi tahun 2020.

Walau bagaimanpun, perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil turut diadakan pada tahap minimum bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan berkenaan terutama bagi golongan yang kurang mahir dengan teknologi.



Pembayaran menerusi amil

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelaksanaan pungutan zakat fitrah melalui amil akan dilaksanakan mengikut tatacara kawalan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelaksanaan pembayaran zakat melalui amil akan dilakukan seperti berikut:



  • Pembayaran mesti dilakukan dalam tempoh singkat
  • Pembayar dan amil perlu mengenakan topeng muka dan pensanitasi tangan semasa berurusan
  • Sediakan wang secukupnya dan tidak perlu bersalaman
  • Amil yang tidak sihat, tidak dibenarakan melaksanakan tugas
  • Individu yang disahkan positif COVID-19 atau baru sembuh termasuk dalam mereka yang dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) perlu mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat

Kaunter bayaran zakat akan dibuka di hampir semua pejabat Main dan AMZ. Ia tidak akan dibuka di kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti pasaraya. Ia sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19 dan mengelak perhimpunan ramai.

Kadar zakat mengikut negeri

Sementara itu, kadar zakat fitrah pada tahun 1441H/2020M antara negeri-negeri telah ditetapkan. Berikut merupakan kaedah pembayaran dan kadar Zakat mengikut negeri:

  1. Johor – RM 7, RM 10
  2. Kedah – RM 5, RM 7, RM 14, RM 21
  3. Kelantan – RM 7
  4. Melaka – RM 7. RM 14
  5. Negeri Sembilan – RM 7
  6. Pahang – RM 7
  7. Perak – RM 7, RM 14, RM 21
  8. Perlis – RM 7
  9. Pulau Pinang – RM 7, RM 14
  10. Selangor – RM 7, RM 14, RM 21
  11. Terengganu – RM 7
  12. Sabah – RM 6, RM 7.50
  13. Sarawak – RM 7
  14. Wilayah Persekutuan – RM 5, RM 7

Jelas beliau lagi, kadar zakat setiap negeri berbeza, mengikut mengikut jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri. Bagi golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bayaran boleh ditunaikan berdasarkan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh  MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga.

Kaedah pembayaran secara dalam talian

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri turut berkongsi soalan lazim (FAQ) dan panduan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman Facebook MAIN dan AMZ seperti berikut:

  1. Johor – Majlis Agama Islam Johor
    https://www.facebook.com/zakatjohor/
  2. Kedah – Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
    https://www.facebook.com/zakatkedah/
  3. Kelantan – Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
    https://www.facebook.com/maikkelantanofficial/
  4. Melaka – Zakat Melaka
    https://www.facebook.com/zakatmelaka/
  5. Negeri Sembilan – Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS https://www.facebook.com/perbadananbaitulmalns/
  6. Pahang – Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
    https://www.facebook.com/muipinfo
  7. Perak – Zakat Perak-MAIPk
    https://www.facebook.com/ZakatNegeriPerak/
  8. Perlis – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
    https://www.facebook.com/MajlisAgamaIslamPerlis/
  9. Pulau Pinang – Zakat Pulau Pinang
    https://www.facebook.com/zakatpenang/
  10. Selangor – Lembaga Zakat Selangor
    https://www.facebook.com/zakatselangor/
  11. Terengganu – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official
    https://www.facebook.com/maidamterengganu/
  12. Sabah – Bahagian Zakat & Fitrah MUIS
    https://www.facebook.com/bzfmuis/
  13. Sarawak – Tabung Baitulmal Sarawak
    https://www.facebook.com/Tabung-Baitulmal-Sarawak110233099029503
  14. Wilayah Persekutuan – Pusat Pungutan Zakat
    https://www.facebook.com/myzakat

Sumber: Datuk Dr Zulkifli

Tags: AMZMAINZakat Fitrah
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

COVID-19: Solat Jumaat Diteruskan Tapi Diringkaskan Pada Beberapa Perkara

Kadar Zakat Fitrah 1441H di Malaysia dan kaedah pembayaran semasa PKP

22 April 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN