• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung anjur pertandingan #MYShootLikeAPro, berpeluang menang Galaxy S20 Ultra

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:34 pm
  • 22/04/2020
  • Komen
Samsung anjur pertandingan #MYShootLikeAPro, berpeluang menang Galaxy S20 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Mengambil gambar merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di rumah. Hanya berbekalkan telefon pintar pengguna boleh menjadi kreatif untuk menghasilkan foto yang menarik.

Memanfaatkan kemudahan fotografi di telefon pintar, Samsung menganjurkan pertandingan #MYShootLikeAPro. Bermula 21 April hingga 18 Mei 2020, pengguna telefon pintar Samsung boleh menyertai pertandingan ini dengan memuat naik gambar mereka di dalam rumah di Instagram. Gambar perlu mengikut tema yang ditetapkan setiap minggu.



Terbuka kepada jurufoto amatur atau profesional, berusia 18 tahun ke atas, peserta berpeluang memenangi hadiah utama, Samsung Galaxy S20 Ultra dan salah satu daripada dua Samsung Galaxy S20 (tempat kedua). Pemenang mingguan pula berpeluang memenangi Samsung Galaxy Fit-e.

Untuk menyertai pertandingan ini anda hanya perlu;



  1. Follow akaun Instagram @SamsungMalaysia. Pastikan akaun anda tidak dalam tetapan privasi
  2. Ambil gambar mengikut tema yang ditetapkan setiap minggu menggunakan telefon Samsung
  3. Muat naik gambar di Instagram anda dengan meletakkan kapsyen,  #MYShootLikeAPro #withGalaxy #SamsungPhoneModel (Contoh: #GalaxyS20) dan tag @SamsungMalaysia
  4. Tag dua rakan anda di gambar berkenaan. Pastikan akaun rakan anda tidak privasi dan mereka mengikuti akaun Instagram Samsung

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, orang ramai boleh merujuk di sini.

Anda juga boleh dapatkan beberapa idea kreatif untuk mengambil gambar menerusi tipa di dalam artikel di bawah ini:

Bosan di rumah? Ini cara tangkap gambar kreatif yang anda boleh buat sendiri

Dalam tempoh PKP ini, bolehlah manfaatkan masa lapang untuk sertai pertandingan Samsung ini, mana tahu ada rezeki boleh menang Samsung Galaxy S20 Ultra.

Sumber: Samsung  

Tags: #MYShootLikeProsamsung
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Samsung anjur pertandingan #MYShootLikeAPro, berpeluang menang Galaxy S20 Ultra

Samsung anjur pertandingan #MYShootLikeAPro, berpeluang menang Galaxy S20 Ultra

22 April 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN