• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DxOMark: Space Zoom Galaxy S20 Ultra Gagal Tewaskan Huawei P40 Pro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:17 pm
  • 23/04/2020
  • Komen
Ada apa dengan kamera 108MP Samsung Galaxy S20 Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

DxOMark telah menerbitkan hasil analisis kamera Samsung Galaxy S20 Ultra dan memang ada peningkatan daripada sudut skor berbanding Galaxy S10+ yang dulu.

Samsung Galaxy S20 Ultra
Pertembungan Zum: Galaxy S20 Ultra vs. Find X2 Pro vs. P30 Pro
Samsung Galaxy S10 Plus
Huawei P40 Pro

Skor yang dicatatkan adalah 132 mata dalam kategori foto dan 102 dalam kategori video. Walaupun kali ini Galaxy S20 Ultra hadir dengan kamera periskop yang mampu mengezum sehingga 10 kali, skornya tak 10 kali lebih baik daripada S10 Plus.



Atas kertas memang keupayaan mengezumnya amat mengagumkan, namun dalam dunia sebenar, ia dilanda kesan artifak dan hingar yang agak teruk.

Ada beberapa kekuatan pada Galaxy S20 Ultra menurut DxOMark. Penghasilan warnanya cemerlang dan dikatakan hampir dengan keadaan sebenar tak kira untuk gambar indoor ataupun outdoor. Ia juga dikesan cenderung kepada profil warna yang lebih sejuk berbanding iPhone 11 Pro Max dan Mi 10 Pro yang lebih suam.



Kemudian mereka ada menyentuh perihal dynamic range. Untuk gambar outdoor, ia mempamerkan keupayaan dynamic range yang luas tapi sedikit lemah untuk gambar backlight yang terlalu kuat. Ia tewas kepada Oppo X2 Pro dalam kategori indoor.

Galaxy S20 Ultra dilaporkan turut cemerlang dalam kategori ultralebar. Ia mencatatkan exposure yang baik serta kesan barrel distortion yang minimum, lebih baik berbanding iPhone 11 Pro Max. Namun, daripada segi ketajaman gambar, ia masih gagal menewaskan Huawei P40 Pro.

Jabatan yang paling akhir menerima pujian adalah flash-nya. Walaupun saya pasti anda jarang gunakan flash, tapi anda perlu tahu yang gambar menggunakan flash daripada  alaxy S20 Ultra adalah lebih baik berbanding P40 Pro dan Galaxy Note 10 Plus.

Untuk gambar malam, sunggpun skor yang dicatatkan dalalam kategori ini lebih baik berbanding Galaxy S10+, hasilnya tak jauh beza dan masih jauh untuk mengejar Huawei P40 Pro yang mencatatkan skor 70 di bahagian ini.

Baca laporan penuh analisis DxOMark di sini.

Tags: dxomarkHuaweisamsungSamsung Galaxy S20Samsung Galaxy S20 Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ada apa dengan kamera 108MP Samsung Galaxy S20 Ultra?

DxOMark: Space Zoom Galaxy S20 Ultra Gagal Tewaskan Huawei P40 Pro

23 April 2020
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN