• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Fold 2 khabarnya punyai refresh rate lebih tinggi dan sokong penggunaan S-Pen

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:53 pm
  • 23/04/2020
  • Komen
Ini peluang kedua nak beli Samsung Galaxy Fold yang habis ditempah minggu lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa telefon pintar boleh lipat baharu Samsung, Galaxy Fold  2 bakal menaik taraf spesifikasi paparan di bahagian dalam dan luar.

Hal ini didedahkan menerusi status Twitter milik Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Display Supply Chain Consultant, Ross Young. Dia berkongsi bahawa Galaxy Fold 2 bakal mempunyai skrin dalam (boleh lipat) berukuran 7.59” beresolusi 2213×1689 piksel dengan refresh rate 120Hz.



Galaxy Fold 2 Leaks
Main Display
•Size: 7.59”
•Resolution: 2213 x 1689
•DPI: 372
•Refresh Rate: 120Hz
•Backplane Technology: LTPO #Samsung #GalaxyFold #Foldable

— Ross Young (@DSCCRoss) April 20, 2020

 Jika benar, model baharu ini bakal mempunyai ukuran lebih besar berbanding  keluaran pertama, Galaxy Fold malah refresh rate setanding Samsung Galaxy S20. Dikhabarkan juga skrin dalam Galaxy Fold 2 akan menggunakan pelindungan ultra-thin glass (UTG) sama seperti Galaxy Z flip.

Galaxy Fold 2 cont.
•Cover Window – UTG with cover film. UTG is back. It still needs a cover to protect it from impact which could be a potential safety hazard. Let's hope one of the new hard coats with excellent scatch resistance is adopted. #Samsung #GalaxyFold #foldable

— Ross Young (@DSCCRoss) April 20, 2020

Saiz skrin di bahagian luarnya pula dipertingkat kepada 6.3” berbanding 4.6” di model sebelum ini. Ia juga mempunyai resolusi 2267×819 dengan refesh rate 60 Hz. Dapat dibayangkan paparan luar yang lebih penuh seakan telefon biasa. Tetapi, difahamkan mungkin kerapatan pikselnya juga masih serupa.



Galaxy Fold 2 leak – Front Display
•Size: 6.23”
•Resolution: 2267 x 819
•Refresh Rate: 60Hz
•Backplane Technology – LTPS
•Notch/Hole/UPC – Hole#Samsung #GalaxyFold #foldable

— Ross Young (@DSCCRoss) April 20, 2020

Skrin luar Galaxy Fold 2 juga dikatakan mempunyai lubang untuk menempatkan kameranya. Nampaknya , cadangan Samsung untuk meletakkan kamera di bawah skrin tidak kesampaian untuk model ini.

Model baharu ini juga dikhabarkan menyokong penggunaan S-Pen seperti siri Note. Dengan saiz seperti tablet, tambahan S-Pen akan menambah fungsi penggunaan dalam Samsung Fold 2 ini, terutama untuk kegunaan bekerja.

Galaxy Fold 2 Leak cont.
•Notch/Hole/UPC – They wanted to go with an under panel camera, but it isn't ready yet. Will be a punch hole.
•Pen Input: Yes, will have the S-Pen. Fits in with the Note Series and enhances the tablet experience.#Samsung #GalaxyFold #Foldable

— Ross Young (@DSCCRoss) April 20, 2020

Walau bagaimanapun apa yang dibocorkan ini masih khabar angin. Jika ia benar, setakat ini Galaxy Fold 2 berada pada permulaan yang baik untuk naik taraf model flagship baharu. Dijangkakan kemunculannya akan diumumkan pada suku ketiga tahun 2020. Kita nantikan sahaja.

Sumber: GSM Arena

Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy Fold 2
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Ini peluang kedua nak beli Samsung Galaxy Fold yang habis ditempah minggu lepas

Galaxy Fold 2 khabarnya punyai refresh rate lebih tinggi dan sokong penggunaan S-Pen

23 April 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER