• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Facebook

Ini Sebabnya Kenapa Saya Benci Gunakan Fungsi Log In With Facebook

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:01 pm
  • 23/04/2020
  • Komen
Ini Sebabnya Kenapa Saya Benci Gunakan Fungsi Log In With Facebook
Share on FacebookShare on Twitter

“Banyak” kita tahu yang Facebook menjejaki setiap aktiviti di atas platform milik mereka, sama ada di laman web mahupun aplikasi telefon pintar. Jejak tersebut digunakan oleh mereka untuk paparkan iklan yang bersesuaian dengan latar belakang penggunanya. Namun, “kadang-kadang” orang tahu yang Facebook juga menjejak pola penggunaan di luar platform mereka.

Sebab itu kalau anda perasan, jika anda lakukan window shopping di Lazada ataupun Shopee, produk yang anda kelih di sana akan muncul dalam APP Facebook anda. Perkara ini dikenali sebagai “off-facebook activity”. Ia adalah rumusan aktiviti Internet anda yang dikongsikan oleh sesuatu entiti (i.e Lazada, Shopee, dan sebagainya) kepada Facebook.



Antara maklumat yang Facebook boleh tuai daripada sumber ini adalah seperti:

  • APP apa yang anda lancarkan
  • Log masuk ke APP menggunakan akaun Facebook
  • Kandungan apa yang dilihat
  • Apa yang dicari
  • Apa yang dimasukkan dalam cart
  • Apa yang dibeli

Fungsi ini adalah terpasang secara default dan anda boleh matikan pada bila-bila masa.



Cara matikan fungsi off-Facebook Activity

Tekan butang Hamburger Menu dan cari Settings. Kemudian, tatal kebawah dan cari pilihan Off-Facebook Activity. Dalamnya anda ada beberapa pilihan, yang pertama adalah Clear History.

Dalam Clear History Facebook akan beritahu anda berapa banyakkah website yang berkongsikan data anda kepada pihak Facebook. Untuk kes saya, 518. Teruskan dengan menekan butang Clear History.

Facebook akan bawa anda ke halaman pengesahan sebanyak dua kali untuk tanyakan kepada anda sama ada memang anda nak bersihkan sejarah aktiviti anda.

Selepas kali ke-4 menekan butang Clear History, barulah mesej You activity has been cleared.

Kalau nak matikan terus fungsi off-Facebook Activity, cari pilihan Manage Your Off-Facebook Activity dalam halaman Off-Facebook Activity. Kemudian tekan Manage Future Activity. Kemudian untick Future OFF-Facebook Activity.

Anda akan dibawa ke laman pengesahan dan tekan Turn Off. Tapi, ciri ini ada bahayanya.

Jikalau anda menggunakan Facebook untuk melog masuk ke akaun Spotify anda sewaktu lakukan pendaftaran akaun, anda terpaksa aktifkan fungsi ini kerana. Sebab itulah, saya sarankan kepada anda untuk minimumkan penggunaan ciri Log in with Facebook Akaun.

Tags: Facebook
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini Sebabnya Kenapa Saya Benci Gunakan Fungsi Log In With Facebook

Ini Sebabnya Kenapa Saya Benci Gunakan Fungsi Log In With Facebook

23 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN