• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mahkamah Malaysia catat sejarah apabila menjalankan siaran langsung pendengaran kes di atas talian

  • OLEH Najib
  • 1:01 pm
  • 23/04/2020
  • Komen
Mahkamah Malaysia catat sejarah apabila menjalankan siaran langsung pendengaran kes di atas talian
Share on FacebookShare on Twitter

Badan Kehakiman Malaysia hari ini mencatat sejarah baharu apabila menjalankan kes Mahkamah Rayuan secara langsung atas talian buat pertama kalinya. Ia disiarkan menerusi laman Facebook dan YouTube Badan Kehakiman Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, langkah itu bagi membolehkan orang awam untuk melihat secara langsung pendengaran kes yang dijalankan seperti di mahkamah terbuka dan juga memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan.



Siaran langsung pertama pendengaran kes ini telah berjalan pada pukul 10 pagi ini. Pendengaran rayuan ini membabitkan tiga perayu iaitu – Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua terhadap Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.

Pihak yang terlibat di dalam siaran langsung pendengaran kes

Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac, mahkamah masih boleh mendengar permohonan reman, pendakwaan kes baharu, permohonan kes jenayah, semakan keputusan mahkamah rendah dan pengurusan kes biasa. Dalam masa ini, Badan Kehakiman Malaysia telah menjalankan pendengaran kes-kes tertentu secara dalam talian.



Orang ramai boleh mengikuti Facebook Badan Kehakiman Malaysia dan YouTube Badan Kehakiman Malaysia untuk menonton lagi siaran langsung perbicaraan mahkamah di masa akan datang.

Anda boleh menyaksikan pendengaran pertama siaran langsung ini menerusi video di bawah ini.

Sumber: Berita Harian

Tags: Badan Kehakiman MalaysiaMahkamah
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Mahkamah Malaysia catat sejarah apabila menjalankan siaran langsung pendengaran kes di atas talian

Mahkamah Malaysia catat sejarah apabila menjalankan siaran langsung pendengaran kes di atas talian

23 April 2020
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER