• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

COVID-19: Panduan ‘Normal Baharu’ untuk pasaraya

  • OLEH Penyumbang
  • 1:45 pm
  • 24/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin jelas bahawa pandemik COVID-19 mungkin berlanjutan untuk tempoh 1 hingga 2 tahun. Dijangkakan penularan wabak ini akan berulang secara episod, dan kita harus mengawal setiap ‘gelombang’ sehingga ia beransur-ansur lenyap dari semasa ke semasa. Oleh itu, peruncit, terutama pasar raya, harus menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan terus mengekalkan persekitaran yang selamat untuk pembeli serta kakitangan.

Pasaraya memainkan peranan penting dalam pencegahan COVID-19. Banyak pasaraya telah mengambil langkah keselamatan untuk mengekang penyebaran wabak ini di premis mereka. Namun, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan kelak dan jumlah pelanggan semakin bertambah, pasar raya harus lebih berwaspada.



Di sini, kami menyediakan, “Panduan Penyeragaman Pencegahan COVID-19 untuk Pasaraya : normal baru untuk pasaraya“. Panduan ini bertujuan untuk membantu menyeragamkan langkah-langkah yang harus diambil oleh semua pasaraya, serta menawarkan idea dan inisiatif yang boleh diamalkan.

Maklumat penuh mengenai panduan ini boleh dirujuk di sini.



Bagi kakitangan pasaraya, panduan ini merangkumi latihan dan panduan, keperluan terhadap peralatan pelindung diri, rutin membersihkan premis dan troli pasar raya. Ia juga merangkumi kaedah pembayaran tanpa sentuh, waktu makan pekerja, risiko bersosial, pemantauan, pemeriksaan kesihatan berkala, keselamatan keluarga dan lampiran rujukan. Panduan ini turut menawarkan idea mengenai cara menentukan jumlah maksimum pembeli yang dibenarkan masuk ke premis dan cara mempercepat tempoh masa membeli-belah.

Pembeli juga mempunyai tanggungjawab kepada kakitangan pasaraya dan pelanggan lain. Untuk pembeli, panduan ini merangkumi jarak fizikal yang selamat, mencuci tangan dan pembasmian kuman, penggunaan topeng muka, pemeriksaan suhu dan slot masa membeli-belah yang sewajarnya diambil.

Panduan ini juga memberi nasihat untuk mengurangkan tingkah laku yang mengundang risiko. Contohnya, pembeli yang memakai sarung tangan boleh mendatangkan risiko kepada orang lain dan diri mereka sendiri. Ini berikutan pemakaian sarung tangan memberikan tangapan yang salah berkaitan pelindungan COVID-19. Pemakaian sarung tangan lebih berisiko memindahkan virus semasa menyentuh barang.

Perubahan atau alternatif untuk kaedah membeli-belah turut dicadangkan dalam panduan ini. Ia termasuk memperluas platform beli belah dalam talian dengan perkhidmatan penghantaran ke rumah, mewujudkan perkhidmatan beli-belah ‘pandu-dan-ambil’ yang komprehensif, pembungkusan awal barang yang biasa dibeli menerusi tempahan dan pengambilan serta tempat letak kenderaan percuma untuk meminimumkan sentuhan butang dan kad.

Amat penting untuk semua pasaraya di seluruh negara menyeragamkan amalan mereka dan terus belajar antara satu sama lain serta merujuk kepada amalan negara luar. Perhatian terhadap perincian dan kepatuhan terhadap rutin langkah standard yang efisien, akan membantu kita melalui masa sukar ini.

Panduan ini dihasilkan oleh:
1.
Dato’ Dr Amar-Singh, Pakar Perunding Pediatrik
2.
Yuenwah San, Penasihat Kanan Inklusi Kurang Upaya, Bahagian Pembangunan Sosial, ESCAP PBB
3.
Datin Dr Swee-Im Lim, Pesara Pengamal Perubatan
4.
Ernest Balasingam. Peguam & Jurulatih (Pematuhan & Peraturan HR)

Tulisan ini diterjemah dari sumbangan oleh penulis di atas. Jika anda mempunyai artikel atau pendapat yang anda ingin sumbangkan untuk manfaat semua, kongsikan dengan kami di sini.

Tags: COVID-19Dr Amar Singh HSS
Penyumbang

Penyumbang

POPULAR

COVID-19: Panduan ‘Normal Baharu’ untuk pasaraya

24 April 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN