• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

  • OLEH Penaja
  • 1:13 pm
  • 22/04/2026
  • Komen
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Nissan]

Untuk ramai keluarga di Malaysia, idea nak beralih ke kenderaan elektrik (EV) memang menarik. Tapi dalam masa sama, banyak persoalan yang timbul: nak cas dekat mana? Berapa lama kena tunggu? Kalau balik kampung, cukup tak stesen pengecas?



Di sinilah Nissan Serena e-POWER Serba Baharu cuba tampil dengan pendekatan berbeza.

Ia hadir dengan satu konsep yang agak unik, menawarkan pengalaman pemanduan seperti EV, tetapi tanpa perlu dicas langsung. Dalam masa sama, Nissan turut membawa satu pendekatan berbeza: menjadikan MPV ini sebagai “rumah kedua” di atas jalan.



Rasa macam EV, tapi tak perlu cas

Ini bahagian yang ramai orang keliru, jadi kita jelaskan dulu.

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu menggunakan motor elektrik sepenuhnya untuk menggerakkan roda, sama seperti EV. Tapi bezanya, ia ada enjin petrol yang berfungsi sebagai penjana untuk menghasilkan elektrik sahaja. Enjin petrol tu tidak pernah menggerakkan roda secara langsung.

Maksudnya, anda dapat pengalaman memandu yang lancar dan senyap seperti EV, tapi tanpa perlu risau pasal stesen pengecasan. Isi minyak seperti biasa, dan teruskan perjalanan.

Untuk ramai pengguna di Malaysia, ini boleh jadi satu kelebihan besar, terutamanya bagi yang nak rasa pengalaman EV, tapi belum bersedia untuk bergantung sepenuhnya kepada infrastruktur pengecasan untuk perjalanan jarak jauh.

Direka untuk keselesaan keluarga

Selain teknologi pemanduan, Nissan Serena e-POWER Serba Baharu turut dinaik taraf secara menyeluruh untuk memastikan setiap perjalanan lebih selesa, bukan sahaja untuk pemandu, tapi untuk semua penumpang.

Ia dilengkapi dengan suspensi hadapan baharu yang membantu memberikan kawalan lebih stabil. Pada masa sama, rekaan aerodinamik dengan air curtain di bahagian hadapan membantu mengurangkan olengan badan, menjadikan pemanduan terasa lebih “solid” walaupun di lebuh raya atau jalan berliku.

Ia dilengkapi dengan suspensi hadapan baharu yang membantu memberikan kawalan lebih stabil. Pada masa sama, rekaan aerodinamik dengan air curtain di bahagian hadapan membantu mengurangkan olengan badan, menjadikan pemanduan terasa lebih “solid” walaupun di lebuh raya atau jalan berliku.

Tempat duduk Zero Gravity pula direka untuk menyokong tulang belakang dan pinggul dengan lebih baik, mengurangkan keletihan walaupun selepas perjalanan berjam-jam. Yang lebih penting, ia turut membantu mengurangkan goyangan kepala semasa membelok atau menukar lorong sangat membantu untuk penumpang yang mudah rasa mabuk ketika dalam kenderaan.

Kabin lebih tenang dan lapang

Keselesaan dalam Serena e-POWER Serba Baharu bukan hanya pada tempat duduk, tetapi juga suasana keseluruhan kabin.

Ia menawarkan persekitaran yang lebih santai dengan kabin yang lebih senyap hasil penggunaan kaca akustik. Pada masa sama, rekaan tingkap yang besar memberikan pandangan lebih luas dari setiap tempat duduk, menjadikan ruang dalam kereta terasa lebih terbuka dan tidak menyesakkan.

Gabungan ini membantu menjadikan setiap perjalanan lebih relaks, sama ada untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.

Lebih dari sekadar kereta

Di luar aspek pemanduan dan keselesaan, Nissan turut memastikan Serena e-POWER Serba Baharu praktikal untuk kehidupan harian keluarga Malaysia.

Kalau pernah parkir di ruang sempit atau dalam pusat beli-belah, mesti tahu betapa susahnya nak buka pintu belakang MPV sepenuhnya. Ciri Dual Back Door menyelesaikan masalah in,i anda boleh buka separuh bahagian atas pintu belakang sahaja, cukup untuk masukkan barang atau keluarkan beg sekolah tanpa memerlukan ruang tambahan di belakang kenderaan.

Untuk ibu bapa yang selalu tangan penuh, hands-free dual power sliding doors pula membolehkan anda buka pintu hanya dengan henjutan kaki, tanpa perlu pegang apa-apa.

Di dalam, susun atur 7 tempat duduk hadir dengan 13 konfigurasi berbeza, membolehkan kabin ditukar mengikut keperluan dari susunan santai untuk perjalanan jauh, hingga ruang kargo yang luas untuk trip membeli-belah. 

Untuk hiburan, pemandu disambut dengan dua skrin 12.3 inci, manakala penumpang di belakang boleh menikmati monitor bumbung 14 inci.

Jimat tanpa perlu ubah gaya hidup

Dalam keadaan harga bahan api yang tidak menentu, kecekapan penggunaan tenaga menjadi semakin penting.

Dengan sistem e-POWER, enjin berfungsi secara lebih efisien sebagai penjana, manakala motor elektrik memberikan pemanduan yang lebih lancar dan responsif. Apa yang menjadikannya lebih praktikal adalah hakikat bahawa pengguna tidak perlu mengubah gaya hidup, tiada keperluan untuk mengecas atau merancang perjalanan berdasarkan lokasi pengecas. Boleh isi minyak seperti biasa, dan teruskan perjalanan seperti biasa.

Kena cuba sendiri baru faham

Kalau ada satu perkara yang susah dijelaskan dalam artikel ini, ia adalah bagaimana sebenarnya rasa memandu Serena e-POWER. Kelancaran motor elektrik yang langsung tanpa perubahan gear, kesunyian kabin yang luar biasa, dan keselesaan tempat duduk Zero Gravity, semua ini adalah pengalaman yang perlu dirasai sendiri untuk benar-benar difahami.

Berminat untuk cuba? Tempah pandu uji Nissan Serena e-POWER Serba Baharu sekarang di laman web Nissan dan alami sendiri perbezaannya.

Tags: NissanNissan MalaysiaNissan Serena e-POWERNissan Serena e-POWER Serba Baharu
Penaja

Penaja

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Risau di mana ahli keluarga? Ini cara kesan lokasi guna telefon pintar (2024)

Risau di mana ahli keluarga? Ini cara kesan lokasi guna telefon pintar (2024)

18 March 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN